Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kaun] | اکاءون

Definisi : 1. rakaman berupa catatan atau kete­rangan ringkas mengenai urusan yg melibat­kan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya; ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak menge­luarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemung­kinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ sim­panan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan; perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kaun] | اکاءون

Definisi : 1 penyata ttg wang yg dibayarkan atau yg diterima (kerana pembelian, penjualan, perkhidmatan dll). 2 simpanan wang di bank dsb: membuka ~ di bank (mula) menyimpan wang di bank. 3 catatan ttg pembelian atau perbelanjaan (di kedai tertentu) yg harganya akan dibayar kemudian. ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank. ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan. ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar, dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tsb terpaksa dihapus kira. ~ semasa simpanan wang di bank yg boleh dikeluarkan dgn cek. ~ simpanan simpanan wang di bank dsb yg boleh dikeluarkan dr semasa ke semasa tetapi masih mendapat faedah tahunan berdasarkan baki simpanan yg ada. ~ untung rugi penyata yg menunjukkan keuntungan atau kerugian sesuatu urus niaga. perakaunan hal mengenai akaun: ilmu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akaun


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
kebe­ tulan. บัญชา [banca:] น arahan: ทหารพร ้ อมที่ จะรับบัญชาจากผู ้ นำของเขาเสมอ Pasukan ten­tera sentiasa bersedia menerima arahan daripada ketuanya. บัญชาการ [banca:ka:n] ดู บังคับบัญชา บัญชี [banci:] น akaun บัญชีกระแสรายวัน [-krasε:ra:ywan] น akaun semasa บัญญัติ [banyat] น 1 peraturan ก 2 (กฎหมาย) menggubal 3 (ศัพท ์ ) membentuk บัณฑิต [bandit] น graduan: จำนวนบัณฑิต ปีนี้ เกือบห ้ าพันคน Jumlah graduan tahun ini menjangkau lima ribu
Kamus Thai 2.indb
กับผู ้ ซื้ อ Dia ke pejabat tanah untuk memindahkan hak milik tanahnya kepada pembeli. โอนเงิน [-n] ก memindahkan wang: เขาโอนเงินเข ้ าบัญชีของลูกทุก ๆ เดือน Dia memindahkan wang ke dalam akaun anaknya setiap bulan. โอนสัญชาติ [-sanca:t] ก menukar ke- warganegaraan: นักฟุตบอลบราซิลบางคน โอนสัญชาติเป็นชาวญี่ ปุ่น Beberapa orang pemain bola sepak Brazil telah menu­ kar kewarganegaraan mereka men- jadi warganegara Jepun. โอบ [o

Kembali ke atas