Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kaun] | اکاءون

Definisi : 1. rakaman berupa catatan atau kete­rangan ringkas mengenai urusan yg melibat­kan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya; ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak menge­luarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemung­kinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ sim­panan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan; perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kaun] | اکاءون

Definisi : 1 penyata ttg wang yg dibayarkan atau yg diterima (kerana pembelian, penjualan, perkhidmatan dll). 2 simpanan wang di bank dsb: membuka ~ di bank (mula) menyimpan wang di bank. 3 catatan ttg pembelian atau perbelanjaan (di kedai tertentu) yg harganya akan dibayar kemudian. ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank. ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan. ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar, dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tsb terpaksa dihapus kira. ~ semasa simpanan wang di bank yg boleh dikeluarkan dgn cek. ~ simpanan simpanan wang di bank dsb yg boleh dikeluarkan dr semasa ke semasa tetapi masih mendapat faedah tahunan berdasarkan baki simpanan yg ada. ~ untung rugi penyata yg menunjukkan keuntungan atau kerugian sesuatu urus niaga. perakaunan hal mengenai akaun: ilmu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akaun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accountakaunEkonomiTiada1.�Rekod yang mencatatkan kegiatan dan urus niaga ekonomi untuk suatu tempoh tertentu. Misalnya, akaun pendapatan negara dan akaun imbangan pembayaran. 2. Rekod yang mencatatkan kedudukan kewangan individu, firma, dan kerajaan pada suatu masa atau dalam suatu tempoh tertentu. Misalnya, akaun simpanan individu dan akaun untung rugi firma.
Commercial BankBank PerdaganganEkonomiEkonomi IslamInstitusi kewangan yang diberi kebenaran khusus untuk menerima deposit melalui akaun semasa di samping akaun tabungan dan akaun pelaburan. Institusi kewangan lain tidak dibenarkan menawarkan akaun semasa. Terdapat sebahagian bank perdagangan yang menawarkan produk kewangan berasaskan syariah seperti Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.
regional accountakaun wilayahEkonomiTiadaAkaun pendapatan dan keluaran bagi suatu wilayah dalam sesebuah negara untuk satu jangka masa tertentu. Akaun ini memberi maklumat terperinci tentang kegiatan ekonomi wilayah tersebut. Maklumat ini tidak terdapat dalam akaun pendapatan negara. Akaun wilayah menyediakan rangka kerja yang lebih fleksibel kepada penggubal dasar untuk membuat analisis ekonomi wilayah.
appropriation accountakaun pengasingan; akaun peruntukanEkonomiTiadaTiada
house accountakaun dalamanPentadbiran PerniagaanTiadaAkaun yang termasuk akaun perbelanjaan eksekutif dan tetamu.
account transferpindahan akaunPentadbiran PerniagaanPosPemindahan keseluruhan atau sebahagian daripada akaun simpanan kepada akaun simpanan yang lain.
account transfer telegramtelegram pindah akaunPentadbiran PerniagaanPosPemindahan keseluruhan atau sebahagian daripada akaun simpanan kepada akaun simpanan melalui telegram.
account payee chequecek akaun terimaPentadbiran PerniagaanTiadaCek yang dibayar atas nama pemegang akaun dan hanya pemegang akaun boleh menunaikan cek berkenaan.
account hackingpenggodaman akaunKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah siber yang melibatkan tindakan menceroboh dan mengeksploitasi akaun orang atau organisasi lain, bertujuan untuk mendapatkan keuntungan secara tidak sah. Tindakan ini termasuklah perbuatan menghapuskan dan mencuri maklumat akaun serta mencegah pemilik akaun tersebut daripada mengakses akaunnya sendiri.
whole account treatytriti akaun menyeluruhinsuransTiadaTriti reinsurans yang merangkumi semua insurans yang ditulis dalam bahagian tertentu urus niaga syarikat mengesid. Contoh: jika seseorang pengunderait telah mengreinsuranskan akaun marinnya berdasarkan akaun menyeluruh, reinsurans ini juga akan meliputi urus niaga bukan marin dalam akaun tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas