Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kaun.tan] | اکاءونتن

Definisi : orang yg mengurus dan mengawasi penyediaan (penyimpanan dll) kira-kira ke­wangan (sesebuah syarikat perniagaan, organisasi, dll) dan bertanggungjawab menye­diakan laporan mengenai kedudukan kewang­an tersebut dr semasa ke semasa; ~ awam a) akauntan yg memberikan per­khidmatan profesional kpd orang awam; b) akauntan yg menjadi ahli sesebuah badan atau institut akauntan awam; ~ berkanun akauntan terlatih yg menjadi ahli persatuan akauntan profesional bertauliah; ~ kos akauntan yg mengendalikan dan menyimpan segala rekod yg berkaitan dgn kos dan per-belanjaan sesuatu perniagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kaun.tan] | اکاءونتن

Definisi : orang yg mengurus, mengawasi atau menyemak hal-hal kewangan sesuatu pejabat, perusahaan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akauntan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "bertauliah" dan "berkanun"?Misalnya, bagi seseorang yang berkelayakan Chartered Accountant atau Chartered Secretary, adakah betul dan tepat sekiranya ia dipanggil Akauntan/Setiausaha Berkanun? Ataupun Akauntan/Setiausaha Bertauliah merupakan deskripsi yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, bertauliah bermaksud mempunyai tauliah. Manakala, berkanun pula bermaksud memakai atau mengikut kanun. Cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan untuk chartered accountant ialah akauntan berkanun atau akauntan bertauliah, chartered secretary ialah setiausaha berkanun atau setiausaha bertauliah mengikut konteks dan penggunaan ayat yang sesuai.

Penyemakan dan penterjemahan26.11.2022
Soalan kesalahan imbuhan Akauntan itu diminta membuat laporan kewangan syarikat untuk(dibentang)dalam mesyuarat nanti. Tuan,saya mahu bertanyakan soalan ini sebab ada sedikit kekeliruan saya.Mengapakah ‘dibentang’ sudah salah?Ayat tersebut tidak betul. Penggunaan ayat yang betul ialah dibentangkan, hasil daripada kata kerja aktif membentangkan.Tatabahasa14.01.2021
Catatan dalam minit mesyuarat. Betulkah penggunaan ayat. "Mengambil Maklum'. Contoh 1: Mesyuarat mengambil maklum laporan oleh Akauntan Jabatan mengenai status keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk setengah tahun 2018. |Contoh 2: Pengerusi mengambil maklum aduan Pegawai Tadbir mengenai kelewatan pegawai mengemukakan tuntutan perbelanjaan bulanan.Penggunaan kata "mengambil maklum" dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Lazimnya minit mesyurat mencatatkan mengambil maklum atau memutuskan.
Tatabahasa25.07.2018
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013
Salam, Boleh tuan/puan jelaskan sekiranya nama-nama jawatan perlu dimulakan dengan huruf besar ketika ditulis dalam artikel? Contohnya Perdana Menteri, Ketua Pengarah, Pembantu Makmal, Akauntan, Eksekutif Pemasaran dan Pereka Grafik? Bagaimana pula dengan Yang benar yang diikuti dengan tandatangan dalam urusan surat-menyurat? Adakah ianya Yang Benar atau Yang benar? Terima kasih.Menurut data kami, ejaan yang betul ialah Yang benar. Hanya permulaan ayat sahaja huruf besar.Tatabahasa21.12.2016
Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah Jabatan, Bahagian, Seksyen, Unit dan Pejabat. Kami menerima permohonan untuk menukar nama daripada Unit menjadi Pejabat. Apakah definisinya? Bagaimanakah penggunaannya?Jabatan bermaksud bahagian daripada pentadbiran kerajaan dan lain-lain yang mengurus tugas-tugas tertentu, bahagian ialah unit dalam sesuatu jabatan, seksyen ialah bahagian kecil daripada badan yang lebih besar (jabatan, kawasan, dan lain-lain), unit ialah bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi, dan pejabat ialah tempat bekerja. Lazimnya unit merupakan bahagian kecil daripada sesebuah jabatan, dan pejabat ialah tempat bekerja. Contohnya, Jabatan Akauntan Negara ialah sebuah jabatan dan pejabat Akauntan Negara ialah tempat Akauntan Negara melaksanakan tugasnya.Tatabahasa04.12.2014
Apakah terjemahan "query" dalam Bahasa Melayu? Contoh konteks ayat: The voucher has been "queried" by the accountant.Terjemahan yang sesuai bagi perkataan query ialah dipersoalkan. (Baucar itu dipersoalkan oleh akauntan.)Istilah31.01.2017
,Perbezaan audit dan perakaunan..terima kasih

Audit ialah pemeriksaan dan penyemakan akaun kewangan oleh juruaudit profesional (akauntan) yang tidak terlibat dalam penyediaannya (akaun kewangan). Audit bertujuan untuk memastikan akaun organisasi memberi gambaran yang sebenar dan tepat tentang aktiviti perniagaan. Audit adalah bahagian yang penting dalam perakaunan. Perakaunan pula ialah penyediaan dan analisis rekod kewangan bagi syarikat swasta, kerajaan atau organisasi lain. Perakaunan membolehkan tafsiran maklumat kewangan dan hasilnya digunakan untuk perancangan masa depan. Contohnya, data-datanya dapat menunjukkan kepada eksekutif, produk atau jabatan yang berprestasi baik atau tidak baik.

Makna05.04.2017
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih.i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan.Tatabahasa21.08.2007
tolong terangkan maksud profesionalisme berdasarkan kamus dewan bahasa berserta contoh terima kasihProfesionalisme ialah sifat-sifat seperti kemampuan, kecekapan, dan kemahiran tentang cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakuikan oleh seorang profesional seperti peguam dan  akauntan.Makna02.05.2008
12

Kembali ke atas