Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.bar] | اکبر

Definisi : Ar maha besar, terbesar; Allahu~ Allah yg Maha Besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.bar] | اکبر

Definisi : besar; agung: Allahu ~ Allah yg Maha Besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akbar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAFSANJANIY, ALI AKBAR HASHIMIY UMUM 
AKBAR

Akbar (1542–1605) ialah Maharaja Mughal ketiga

dan yang teragung di India. Selama 49 tahun

pemerintahannya, dari tahun 1556 hingga

kemangkatannya, baginda menguasai sebahagian

besar utara dan timur India dan juga Afghanistan.

UMUM 
ABUL FAZL

Abul Fazl (1515–1602) ialah sarjana India yang

menjadi sahabat karib dan penulis biografi

Maharaja Mughal, Akbar (lihat Akbar ).

UMUM 
PRATAP SINHA, RANA

Pratap Sinha, Rana (1540–1597) ialah raja India

dan dianggap pahlawan di negeri Rajasthan.

Pemerintah lain yang berhampiran tunduk kepada

Maharaja Mughal Akbar. Tetapi Pratap melawan

dan enggan menyerahkan kerajaannya.

UMUM 
DARIUS I

Darius I (550 H./486 S.M.) ialah pemerintah

empayar Parsi bermula tahun 522 SM sehingga

akhir hayatnya. Dia dikenali dengan nama Dariyus al-

Akbar (Darius Agung).

UMUM 
PERAYAAN UMAT ISLAM

Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan,

iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan

ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah

solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir

dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih

(memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan

takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu

Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti

makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan,

kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam

Islam.

UMUM 
A.A. NAVISA.A. NAVIS (1924-   ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 17 November 1924 di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Ali Akbar Navis.SASTERAKonsep
SHAMSUDDIN AL-SUMATRANI

Shamsuddin al-Sumatrani ( ? –1630) ialah

ulama, penulis, dan ahli tasawuf Indonesia. Nama

sebenarnya ialah Syeikh Shamsuddin bin Abdullah

as-Sumatara’l. Dia juga dikenali dengan

Shamsuddin Pasai. Dia ialah pengikut mazhab

Shafi’i dan membawa ajaran tasawuf Hamzah

Fansuri. Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli

sufi yang mengamalkan ajaran ‘Wahdatul Wujud’

atau ‘Wahdat-al-Wujud’. Shamsuddin al-Sumatrani

pernah menjadi penasihat atau pembesar kepada

Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah

(1580–1604) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota

Alam (1607–1636). Dia bertugas di Istana Aceh

selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia

dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh.

Menurut catatan Frederick de Hotman dalam

bukunya Cort Verhael van’t Wederratens is

Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh

Shamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung

diraja. Terdapat sarjana yang menyamakan

Shamsuddin al-Sumatrani dengan Faidli dan Abu

Fadl, iaitu penasihat Raja Mughal Akbar di India.

UMUM 

Kembali ke atas