Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khir] | اخير

Definisi : 1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khir] | اخير

Definisi : 1 = terakhir di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. akhirnya, = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. berakhir sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. mengakhiri menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). akhiran penambah (spt -an, -i, -kan) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhir

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
final finishkemasan akhir; pengemasan akhirKesenianTiada1. Kemasan akhir: Kemasan yang dibuat pada peringkat akhir.,2.Pengemasan akhir: Proses membuat sesuatu pada peringkat akhir.
distance learningpembelajaran jarak jauhTeknologi MaklumatTiadaCara mendapat pendidikan tanpa perlu bersemuka di dalam kelas. Pada akhir-akhir ini, Internet sering digunakan untuk menyampaikan kandungan, jadual, kerja kursus dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lain. Forum diskusi juga semakin banyak digunakan untuk pembelajaran kolaboratif di kalangan peserta kursus dengan pengajar atau fasilitator.
final productkeluaran akhir; hasil akhirKimiaTiadaHasil akhir: Bahan kimia yang diperoleh pada akhir tindak balas.
end producthasil akhir; keluaran akhirPerubatanTiada1. Hasil akhir: Sebatian kimia yang terhasil daripada metabolisme yang lengkap.
final proofpruf akhir; pengembangan akhirPentadbiran PerniagaanTiada2. Pengembangan akhir: Proses terakhir dalam membuat roti.
artificial reproductionpembiakan buatanPertanianAgroteknologiKaedah pembiakan tanaman dengan menggunakan bahan selain kaedah semula jadi, biasanya melalui biji benih. Pembiakan buatan termasuklah menggunakan keratan batang, kaedah tut dan kaedah cantuman tunas. Akhir-akhir ini, kaedah pembiakan mikro menjadi penting kerana dapat membiakkan tanaman daripada tisu tumbuhan dan tidak memerlukan bahan induk yang banyak. Bahan yang digunakan dalam kultur tisu termasuk secebis daun, batang atau akar.
immediate life annuityanuiti hayat akhiranPentadbiran PerniagaanTiadaAnuiti yang bayaran kepada anuitan akan dibuat pada setiap akhir tempoh tertentu seperti akhir bulan, akhir tahun dan sebagainya.
finalmuktamad; akhir; pusingan akhirFizikTiadaTiada
finalmuktamad; akhir; pusingan akhirLinguistikTiadaTiada
finalmuktamad; akhir; pusingan akhirPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas