Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhir tahun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SRIVIJAYA

Srivijaya ialah empayar Melayu yang kuat di

selatan Sumatera, Indonesia. Empayar ini muncul

pada akhir tahun 600-an M. dan berakhir sehingga

akhir tahun 1300-an.

UMUM 
MINUET

Minuet ialah tarian istana yang popular di Eropah

pada akhir tahun 1600-an dan tahun 1700-an. Muzik

untuk tarian ini dikenali juga sebagai minuet.

Ramai penggubah pada akhir tahun 1600-an dan

tahun 1700-an menulis minuet untuk orkestra,

balet, dan opera.

UMUM 
PYTHEAS

Pytheas ialah penjelajah Yunani yang hidup

pada akhir tahun 300-an S.M. Pytheas terlepas

daripada kepungan tentera laut Carthaginia di

Gibraltar dan dapat meneruskan penjelajahannya

ke pantai utara Eropah. Dia belayar mengelilingi

Britain , dan menerokai kawasan tersebut. Pytheas

mendengar banyak cerita tentang tanah

bermisteri yang dikenal sebagai Thule, yang

berkemungkinan Norway.

UMUM 
PERTEMPURAN ASHDOWN

Pertempuran Ashdown (871 M.) ialah

pertempuran yang berlaku semasa kempen

Denmark untuk menakluki England pada akhir tahun

800–an M.

UMUM 
ATTILA

Attila ( ? –453 M.) ialah raja yang menyatukan

orang Hun, iaitu orang Mongoloid yang mula

menyerang empayar Rom pada akhir tahun 300-

an M. Attila mewarisi kerajaan Hun yang

berpusat secara kasar di Hungary kini. Baginda

menakluk wilayah di sekitarnya, sehingga orang

Hun berjaya menguasai kawasan yang menganjur

dari Sungai Danube hingga ke Laut Baltik, dan

dari Sungai Rhine hingga ke Laut Kaspia.

UMUM 
KESUSASTERAAN YIDDISH

Kesusasteraan Yiddish ialah kesusasteraan

orang Yahudi yang menulis dan bertutur

dalam bahasa Yiddish. Kesusasteraan Yiddish

bermula pada akhir tahun 1200-an dan mencapai

kemuncaknya pada akhir tahun 1800-an dan awal

1900-an.

UMUM 
PAGAR

Pagar di ladang terbuka dan tanah bersama yang

dijadikan ladang bebas memainkan peranan

penting dalam pembangunan perladangan

Inggeris pada akhir tahun 1500-an, terutamanya

pada akhir tahun 1700-an.

UMUM 
PERGERAKAN FENIAN

Pergerakan Fenian ialah kumpulan pejuang

yang ditubuhkan oleh nasionalis Ireland untuk

membebaskan Ireland daripada pemerintahan

Inggeris. Pada akhir tahun 1850-an, negarawan

Ireland yang dikenali sebagai Fenian mula

merancang revolusi untuk mencapai kemerdekaan.

Kumpulan Fenian mendapat namanya daripada

Fianna, kumpulan wira mitos orang Ireland (lihat

Kesusasteraan Ireland [Kisah kewiraan cinta, dan

rupa]).

UMUM 
SHARAKU

Sharaku ialah artis Jepun yang masyhur pada

akhir tahun 1700-an. Reputasi Sharaku terletak pada

torehan kayu yang menggambarkan pelakon Jepun

yang diukirnya pada tahun 1794 dan 1795.

Kehidupannya sebelum dan selepas menjadi

terkenal dan mengapa usia kariernya begitu

singkat tidak diketahui. Nama Sharaku ialah

nama profesionalnya. Nama sebenarnya tidak

diketahui.

UMUM 
NOVEL GOTHIK

Novel Gothik ialah jenis fiksyen yang popular di

England pada akhir tahun 1700-an dan awal tahun

1800-an. Plot novel Gothik termasuk peristiwa

misteri dan luar biasa yang bertujuan untuk

mengejutkan atau menggerunkan pembaca.

Ceritanya disebut Gothik kerana kebanyakan cerita

berlaku di istana yang suram dan kelam yang dibina

mengikut seni bina Gothik pada Zaman

Pertengahan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas