Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khi.ran] | اخيرن

Definisi : penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd per­kataan spt tumbuhan, mengasihi, menda­lam­kan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khi.ran] | اخيرن

Definisi : penambah (spt -an, -i, -kan) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhiran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deteriorative suffixakhiran dinaanLinguistikTiadaAkhiran yang menimbulkan makna yang kurang baik bagi sesuatu kata. Contohnya, -ish dalam kata Inggeris childish.
open endingakhiran terbukaKesusasteraanTiadaPenutup teks yang tidak menyelesaikan persoalan dalam sesuatu karya. Walaupun sesebuah teks (lisan, tercetak, atau digital) telah berakhir, namun persoalan dalam teks belum diselesaikan. Persoalan ini hidup dan berkembang secara tidak ketara dan berterusan dalam minda atau imaginasi pembaca. Kebanyakan karya tradisional daripada sastera Asia memperlihatkan akhiran terbuka ini, justeru karya ini disebut akhiran ketimuran. Begitu juga dengan karya moden dan pascamodenisme yang tertentu dalam kesusasteraan dunia. Contohnya, Hikayat Hang Tuah yang mengakhiri cerita tanpa menjelaskan perjalanan hidup Hang Tuah seterusnya. Akhiran terbuka dikenali juga sebagai penyelesaian terbuka.
open endingakhiran terbukaKesusasteraanTiada

Penutup teks yang tidak menyelesaikan persoalan dalam sesuatu karya. Walaupun sesebuah teks (lisan, tercetak, atau digital) telah berakhir, namun persoalan dalam teks belum diselesaikan. Persoalan ini hidup dan berkembang secara tidak ketara dan berterusan dalam minda atau imaginasi pembaca. Kebanyakan karya tradisional daripada sastera Asia memperlihatkan akhiran terbuka ini, justeru karya ini disebut akhiran ketimuran. Begitu juga dengan karya moden dan pascamodenisme yang tertentu dalam kesusasteraan dunia. Contohnya, Hikayat Hang Tuah yang mengakhiri cerita tanpa menjelaskan perjalanan hidup Hang Tuah seterusnya. Akhiran terbuka dikenali juga sebagai penyelesaian terbuka.

trick endingakhiran muslihatKesusasteraanTiadaPeleraian dalam cerita yang tidak dapat diduga oleh pembaca. Hal ini demikian kerana tiada petunjuk daripada pengarang atau kerana pengarang sengaja menyimpan maklumat penting sehingga ke babak akhir cerita. Istilah ini dikenali juga sebagai akhiran di luar duga.
masculine endingakhiran ekasukuKesusasteraanPuisiPemilihan diksi atau kata yang digunakan di hujung setiap baris, rangkap ataupun puisi. Umpamanya berakhir dengan kata yang, pun, sah, tak, dan, kau, nun dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam penciptaan puisi Melayu, kata-kata yang terdiri daripada ekasuku ini jarang-jaranz sekali digunakan di akhiran. Contohnya, puisi ''Musim Bah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz.
epimythiummoral akhiranKesusasteraanTiadaSenarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral.
equifinalityakhiran sama (PEM.MAN)GeografiTiadaTiada
suffixakhiranKomputerTiadaTiada
equifinalityakhiran sama (PEM.MAN)SosiologiTiadaTiada
multifinalityberbilang akhiranGeografiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas