Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khi.rat] | اخيرة

Definisi : Ar alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yg kekal (sesudah hari kiamat), alam yg baqa; dunia ~ a) dunia dan akhirat; b) (utk) selama-lamanya: minta maaf dunia ~; keakhiratan segala sesuatu yg berkaitan dgn akhirat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khi.rat] | اخيرة

Definisi : alam yg kekal selepas kehidupan di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhirat

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Di darat jua tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat jua akan sungguhnya.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Khamis, Malam besok malam Jumaat; Di hari akhirat tidak menangis, Hendak jumpa Nabi Muhammad.
Kurik Kundi Merah SagaHalia ini tanam-tanaman, Di darat jua tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat jua akan sungguhnya.
Kurik Kundi Merah SagaHalia ini halia tanaman, Tempat hiris bintang berlenguh; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat juga tempat yang sungguh.
Kurik Kundi Merah SagaBuah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.
Kurik Kundi Merah SagaAsam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga.
Kurik Kundi Merah SagaKayu pagar berikat tali, Diikat-ikat bawa ke tanjung; Kalau benar berkali-kali, Akhirat jangan tanggung-menanggung.
Kurik Kundi Merah SagaHalia ini tanam-tanaman, Ke barat juga akan condongnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sudahnya.
Kurik Kundi Merah SagaHujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaHarap sungguh makan dijerat, Makan di upih kerabu jantung; Harap saya dunia dan akhirat, Ingatkan boleh tempat bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaDari air sampai ke darat, Pohon meranti si pohon nangka; Kalau kukenang sampai akhirat, Aku nantimu di pintu syurga.
12

Kembali ke atas