Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khi.rat] | اخيرة

Definisi : Ar alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yg kekal (sesudah hari kiamat), alam yg baqa; dunia ~ a) dunia dan akhirat; b) (utk) selama-lamanya: minta maaf dunia ~; keakhiratan segala sesuatu yg berkaitan dgn akhirat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khi.rat] | اخيرة

Definisi : alam yg kekal selepas kehidupan di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhirat

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Di darat jua tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat jua akan sungguhnya.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eschatologyeskatologiKesusasteraanTiadaCabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat tersebut, diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai pembalasan syurga dan neraka yang diterima oleh manusia berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup di dunia.
afterworldakhiratSejarahTiadaTiada
Last JudgementPengadilan AkhiratSejarahTiadaTiada
benevolent bondbon ihsanEkonomiEkonomi IslamBon yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengumpul dana daripada pihak awam atas dasar sukarela. Kerajaan meminta orang ramai membeli bon ini atas semangat kecintaan kepada negara atau tanggungjawab terhadap agama dengan harapan mendapat ganjaran di akhirat. Pemegang bon boleh menebus bon ini pada tarikh matang tanpa sebarang keuntungan atau tidak menebusnya sama sekali dan mendermakan terus kepada kerajaan.
pararhymepararimaKesusasteraanPuisiRima sumbang yang terbentuk di hujung baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi yang tidak serima. Contohnya, penggunaan kan dalam baris pertama rangkap petikan puisi "Dia Telah Terbawa" dalam kumpulan Kesan Kunjungan karya Rahman Shaari di bawah. bagaimana akan disambungkan jalur jemulur urat budaya di saat mengecil dunia dan akhirat tidak bersuara.
tamsiltamsilKesusasteraanTiadaMisalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kamu tersesak.
collophonkolofonKesusasteraanTiadaMaklumat pada bahagian akhir sesebuah manuskrip bertulis tangan atau bercetak yang mencatatkan nama pengarang, tajuk karya, tarikh diterbitkan, dan nama pencetak. Dalam konteks penulisan moden, kolofon biasanya terdapat pada bahagian awal buku, mencatakan nama penerbit, tempat terbit, tanda dagangan, jenis kertas, jenis huruf, dan sebagainya. Dalam tradisi penulisan manuskrip lama, kolofon merupakan salah satu bahagian yang sangat penting untuk diketahui oleh pembaca. Pada bahagian tersebut, pembaca akan mengetahui nama pengarang, penyalin manuskrip, tarikh dan tempat manuskrip ditulis atau disalin. Maklumat yang diperoleh menjadi panduan kepada pembaca atau pengkaji untuk mengetahui sejarah dan latar belakang manuskrip berkenaan. Manuskrip yang tidak mempunyai kolofon akan memberikan pelbagai masalah kepada pembaca atau pengkaji untuk menentukan kedudukan manuskrip berkenaan. Contohnya, dablah Hikayat Raja Pasai (Russell Jones, 1987), terdapat kolofon seperti yang berikut: �Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang mendengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wa taala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat shafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wassalam. Tamat hari Isnin, kepada hari, Dua puluh sa, kepada bulan, Muharam, sanat za Hijratul Nabi 1230, Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapupu nagari Demak nagari Bagor , warsa 1742.�
syairsyairKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi karangan bersajak yang terdiri daripada empat baris satu rangkap, dan empat perkataan sebaris dengan jumlah suku kata 7-12 sebaris. Syair memperlihatkan pola rima ?, ?, ?, ? untuk setiap rangkap dan setiap barisnya membawa makna kepada setiap rangkap. Syair mempunyai kaitan dengan puisi Arab shi�r atau saj�, tetapi bentuknya tidak menampakkan persamaan dengan bentuk puisi tersebut atau bentuk puisi Arab yang awal. Syair secara formalnya diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri pada kurun ke-17 melalui karyanya Rubai Hamzah Fansuri. Semenjak itu, syair menjadi genre puisi yang amat popular dalam kalangan pengarang Melayu tradisional. Syair diperkenalkan selepas kedatangan Islam, oleh itu syair merupakan puisi yang disampaikan dalam bentuk bertulis. Syair mempunyai persamaan dengan pantun iaitu terdiri daripada empat baris satu rangkap, tetapi berbeza dari segi skema rimanya. Skema syair ialah ?, ?, ?, ? manakala skema pantun ialah ?,b, ?,b. Syair mempunyai rangkap yang bukan merupakan unit-unit makna yang bebas. Makna syair dimunculkan melalui perkembangannya dalam rangkap yang berurutan. Tema syair biasanya berplot, contohnya, contohnya, syair naratif yang berbentuk roman seperti Syair Agong. Syair boleh pendek dan terdiri daripada beberapa rangkap, iaitu syair nasihat atau syair agama. Syair boleh menjadi panjang sehingga beratus-ratus bait terutamanya syair naratif. Syair juga boleh dilagukan untuk diperdengarkan, justeru baris-baris syair dikawal oleh lagu, sehinggakan terdapat perkataan yang tidak membawa makna tetapi dimasukkan untuk memenuhi keperluan lagu tersebut. Syair mencakupi tema yang tidak terbatas, daripada yang bersifat fiksyen kepada sejarah, daripada syair roman kepada nasihat, agama dan falsafah, dari yang berfungsi sebagai hiburan kepada yang serius, didaktik, dan berunsur dakwah. Contoh syair yang popular ialah Syair Siti Zubaidah dan Selendang Delima. Contoh satu rangkap syair adalah seperti yang berikut: Wahai anakanda hendaklah ingat, Hidup di dunia amatlah singkat, Banyakkan amal serta ibadat, Supaya selamat dunia akhirat. Syair berasal daripada bahasa Arab shi�r yang bermaksud �puisi�. Lihat juga pengisi matris, shi`r.

Kembali ke atas