Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya ke­sudah­an­nya; 2. yg belakang sekali, bela­kang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tem­poh­nya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, mena­mat­kan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adik­nya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd per­kataan spt tumbuhan, mengasihi, menda­lam­kan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau meng­akhir­kan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (me­namat­kan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhirnya

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sungguhpun lemak santan,
     akhirnya basi juga.

Bermaksud :

Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"...akhirnya sampai masanya di mana ketokohan beliau..." berkenaan penggunaan perkataan 'di mana' di atas, perkataan 'di' dan 'mana' harus dijarakkan atau dirapatkan?Ejaan yang betul ialah di mana dan digunakan dalam ayat tanya seperti Di manakah kamu tinggal? Perlu diingat perkataan "di mana" tidak ada dalam ayat penyata. Dalam ayat di atas, "di mana" boleh digugurkan yang tidak akan mengganggu maksud ayat tersebut.Tatabahasa03.10.2012
Akhirnya Hock Seng dapat mendamaikan kedua-dua orang sahabatnya yang bercanggahan pendapat. munsyi, bercanggahan atau bercanggah sesuai digunakan, TQKedua-duanya betul, luntuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bercanggah.Tatabahasa13.02.2012
kemusykilan tentang ayat di bawah ini: Namun begitu, setelah dipujuk akhirnya, dia ------- soalannya: tanda koma lepas perkataan "akhirnya", boleh diterima atau tidak. atau diletak pada lepas perkataan "dipujuk". jadi begini: Namun begitu, setelah dipujuk, akhirnya dia ..........Penggunaan tanda baca yang betul ialah - "Namun begitu, setelah dipujuk akhirnya dia ..."Tatabahasa23.09.2009
Ayat yang manakah betul? 1)Akhirnya kau tewas juga. 2) Akhirnya kautewas juga.Ayat yang betul ialah Akhirnya kautewas juga.Tatabahasa24.09.2014
Saya nak sentuh semula tentang "Akhir sekali" dan "Akhirnya". Ramai yang mengatakan bahawa "Akhirnya" digunakan dalam format cerita. Apa pendapat pihak tuan?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, 'akhirnya' bermaksud kesudahannya yang lazimnya digunakan dalam cerita.Tatabahasa26.02.2007
Saya nak tanya tentang perbezaan antara "Akhir sekali" dengan "Akhirnya". Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam petikan berikut? Akhir sekali / Akhirnya, kita juga perlu menghormati ibu bapa kita.Ungkapan 'akhir sekali' sering dikaitkan dengan perkara yang paling akhir dilaksanakan dan hanya digunakan dalam bahasa lisan. Manakala 'akhirnya' boleh digunakan sebagai penanda wacana. Namun, penggunaannya dalam ayat 'Akhirnya kita juga perlu menghormati ibu bapa kita' tidak tepat. Lebih baik sekiranya diubah menjadi 'Kita mesti menghormati ibu bapa kita'.Tatabahasa22.02.2007
perompak tertangkap juga akhirnya. (tuan adakah ayat ini betul? bagi pandangan saya, ayat ini tergantung..sepatutnya perompak itu tertangkap juga akhirnya.)Pendapat saudara adalah betul, ayat yang gramatis ialah "Perompak itu tertangkap juga akhirnya".Tatabahasa28.07.2011
Dalam ayat berikut, betulkah frasa "kirakan jangkaan masa akhirnya"? Atau sepatutnya "kirakan masa akhir jangkaannya"? Sekiranya pelari lorong ketiga membuat larian 200 m dengan kelajuan yang seragam, kirakan jangkaan masa akhirnya. Terima kasihFrasa yang betul ialah "kirakan jangkaan masa akhirnya".Tatabahasa06.08.2014
apakah nama sukukata yang akhirnya huruf vokalnama suku kata yang akhirnya huruf vokal ialah suku kata terbuka.Tatabahasa04.09.2007
suku kata untuk AKHIRNYA. TQ

Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, suku kata perkataan akhirnya ialah a.khir.nya.  

Istilah28.04.2010
12345678910

Kembali ke atas