Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya ke­sudah­an­nya; 2. yg belakang sekali, bela­kang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tem­poh­nya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, mena­mat­kan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adik­nya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd per­kataan spt tumbuhan, mengasihi, menda­lam­kan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau meng­akhir­kan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (me­namat­kan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhirnya

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sungguhpun lemak santan,
     akhirnya basi juga.

Bermaksud :

Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG TIGA PULUH TAHUN

Perang Tiga Puluh Tahun (1618–1648) ialah

satu siri perang agama dan politik yang akhirnya

melibatkan kebanyakan negara Eropah. Konflik

bermula sebagai perang saudara antara Roman

Katolik dengan Protestan di Empayar Rom Holy

dan wilayah-wilayah lain di bawah pentadbiran

Habsburg, keluarga diraja Austria. Tetapi

akhirnya, peperangan ini menjadi perjuangan

umum terhadap kuasa politik dan wilayah.

UMUM 
KEMATIAN

Kematian bermakna berakhirnya kehidupan.

Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi

barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan

kematian mereka. Kebanyakan manusia

takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak

memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap

berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu

daripada dorongan utama yang membentuk

tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah,

manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah

perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli

falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk

memahami makna sebenar kematian. Sesetengah

para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan

manusia ini ialah hasil daripada kemampuan

manusia mengatasi kematian dan memperoleh

keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan.

UMUM 
PERJANJIAN VERDUN

Perjanjian Verdun ialah perjanjian yang

membahagikan empayar Charlemagne kepada

tiga bahagian. Cucu Charlemagne bertelagah

untuk memerintah empayar ini selepas kematian

bapa mereka pada tahun 840 dan akhirnya

menandatangani perjanjian pada tahun 843.

Dengan perjanjian ini, Charles the Bald menerima

bahagian yang kini dikenali sebagai Perancis.

Louis the Jerman menerima tanah di hampir

semua kawasan di timur Rhine, yang akhirnya

menjadi Jerman moden. Lothair pula mengekalkan

takhta maharaja dan memerintah sejalur kawasan

di bahagian tengah, dari Laut Utara hingga

bahagian tengah Itali.

UMUM 
KAUNDA, KENNETH DAVID

Kaunda, Kenneth David (1924– ), presiden

Zambia dari tahun 1964 hingga tahun 1991. Pada

tahun 1964, dia mengetuai gerakan yang akhirnya

membawa kepada kemerdekaan Zambia daripada

United Kingdom. Dia kemudiannya dipilih sebagai

presiden.

UMUM 
PERANG VIETNAM

Perang Vietnam ialah konflik besar yang

berlaku di Asia Tenggara. Perang itu bermula

daripada perang saudara untuk menentukan

kerajaan Vietnam. Ia akhirnya menjadi konflik

antarabangsa yang besar, melibatkan Amerika

Syarikat dalam peperangan yang paling lama

pernah disertai oleh rakyat Amerika. Ia bermula

pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 1975.

Vietnam , sebuah negara kecil di Asia Tenggara,

telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

Vietnam Utara yang diperintah oleh kerajaan

komunis dan Vietnam Selatan yang diperintah

oleh kerajaan bukan komunis. Vietnam Utara dan

pemberontak Vietnam Selatan yang dilatih oleh

pihak komunis bertempur bersama-sama untuk

menguasai Vietnam Selatan. Tentera Amerika

Syarikat dan Vietnam Selatan cuba menghalang

mereka tetapi gagal.

UMUM 
SATURNALIA

Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk

menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta

Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya,

ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya

dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin

bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk

mengingati penanaman musim sejuk. Walau

bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan

kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka

ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan

sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah

dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian

hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan

ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil.

Lihat juga Saturn (Dewa Rom).

UMUM 
KAZAKSTAN

Kazakstan ialah negara yang terletak di

bahagian barat-tengah Asia. Setelah lebih kurang

70 tahun menjadi sebahagian daripada Kesatuan

Soviet di bawah pimpinan Rusia, akhirnya

Kazakstan mencapai kemerdekaan pada tahun 1991

UMUM 
MÜLLER, PAUL HERMANN

Müller, Paul Hermann (1899–1965) ialah ahli

kimia Switzerland, yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1948 untuk fisiologi atau perubatan kerana

menemui sifat-sifat membunuh serangga pada

DDT (dikloro-difenil-trikloroetana). Nama akhirnya

dieja Mueller. DDT pertama kali dihasilkan di

Austria pada tahun 1873, tetapi Müller menemui

nilai DDT sebagai pembunuh serangga pada tahun

1939. DDT digunakan dengan meluas semasa

Perang Dunia II (1939–1945) untuk membunuh kutu

badan yang membawa penyakit tifus. Müller lahir

di Olten, Switzerland. Lihat juga DDT.

UMUM 
KESULTANAN JOHORKESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
STEPHENSON, GEORGE

Stephenson, George (1781–1848) ialah jurutera

British, hasil reka ciptanya membantu pembinaan

sistem laluan kereta api British. Kemahiran

Stephenson memperbaiki enjin pengangkut batu

arang di dalam lombong menyebabkan dia

mendapat gelaran “doktor enjin”. Akhirnya dia

membuat keputusan untuk membina lokomotifnya

sendiri. Lokomotifnya yang pertama, Blücher

(1814), mampu menarik lapan gerabak batu arang

pada kelajuan 6 kilometer sejam. Kemudian,

Stephenson memperkenalkan penggunaan stim

yang disalurkan daripada silinder yang dapat

meningkatkan tekanan angin dalam kotak api. Api

akan menjadi semakin panas dan ini menghasilkan

stim yang bertekanan lebih tinggi. Sebuah lagi

lokomotif ciptaannya, Rocket (1829) bergerak selaju

46 kilometer sejam; satu kelajuan yang belum

pernah dicapai sebelum ini. Lokomotif tersebut

merupakan model bagi lokomotif stim yang dibina

seterusnya.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas