Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya ke­sudah­an­nya; 2. yg belakang sekali, bela­kang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tem­poh­nya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, mena­mat­kan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adik­nya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd per­kataan spt tumbuhan, mengasihi, menda­lam­kan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau meng­akhir­kan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (me­namat­kan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhirnya

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sungguhpun lemak santan,
     akhirnya basi juga.

Bermaksud :

Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ultimatelypada akhirnyaUndang-undangTiadaTiada
yawspuruPerubatanTiadaSejenis penyakit berjangkit sistemik akibat infeksi spiroket Treponema pertenue. Penyakit ini lazimnya dihidapi oleh kanak-kanak di kawasan tropika. Antara ciri penyakit ini ialah lesion bergranuloma di seluruh tubuh yang akhirnya berkembang menjadi lesion seperti pada penyakit sifilis. Keadaan ini akhirnya boleh merosakkan tulang.
radioactive equilibriumkeseimbangan radioaktifKejuruteraanTiadaKeadaan yang akhirnya dicapai apabila bahan radioaktif dengan penyusutan perlahan mengeluarkan hasil apabila mengalami penyepaian.
radioactive equilibriumkeseimbangan radioaktifKejuruteraanTiadaKeadaan yang akhirnya dicapai apabila bahan radioaktif dengan penyusutan perlahan mengeluarkan hasil apabila mengalami penyepaian.
parasitoidparasitoidBiologiEntomologiLarva parasit Hymenoptera yang pada akhirnya membunuh perumahnya dan keluar menjadi pupa.
chondrocraniumkondrokraniumPerubatanTiadaStruktur rawan pada embrio, yang akhirnya akan membentuk kranium selepas proses penulangan.
terminal velocityhalaju tamatanMekanikGunaanHalaju mantap yang akhirnya dicapai oleh setiap jasad yang jatuh secara bebas dalam bahantara bendalir, di bawah tindakan graviti. Jasad yang berkenaan pada mulanya memecut daripada keadaan pegun sehingga daya rintangan bendalir terhadap gerakan jasad sama dengan daya graviti. Pada ketika itu, jasad tersebut mencapai halaju tamatan dan tidak dapat jatuh dengan kadar yang lebih tinggi. Rintangan yang disebutkan tadi disebabkan kelikatan bendalir bahantara. Jasad yang jatuh dalam bahantara udara akan mencapai halaju tamatan juga.
reductio ad absurdumreductio ad absurdumMatematikTiadaKaedah pembuktian melalui percanggahan. Kaedah ini bermula dengan andaian bahawa apa yang hendak dibuktikan itu adalah palsu, akhirnya didapati sesuatu yang sudah diketahui memang palsu. Contoh: “Buktikan nombor tak nisbah”. Andaikan yang sebaliknya, iaitu ialah nombor nisbah. Maka dapat ditulis sebagai nisbah dengan p dan q dua integer positif tanpa pembahagi sepunya selain 1. Akhirnya, melalui langkah-langkah yang sah, didapati p dan q mempunyai 2 sebagai pembahagi sepunya dan ini merupakan satu percanggahan.
oidisationoidisasiBiologiMikologiPenyatuan oidium dengan hifa soma, yang akhirnya menyebabkan pendikarionan.
bacteriophagebakteriofajPerubatanTiadaVirus yang menginfeksi bakteria, yang pada akhirnya memecahkan bakteria melalui proses lisis, dan sekali gus membebaskan bakteriofaj baru.
12345678910...

Kembali ke atas