Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.qi.dah] | عقيدة

Definisi : Ar rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.qi.dah] | عقيدة

Definisi : sesuatu yg dipercayai atau diyakini (terutamanya ttg agama); kepercayaan; keyakinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akidah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan yang betul "akidah" atau "aqidah"?Ejaan yang betul ialah akidah.Ejaan21.12.2021
Apakah maksud sebenar perkataan Akidah? Adakah perkataan in membawa maksud yang sama dengan iman atau kepercayaanAkidah bermaksud ajaran agama yang telah pasti. Tidak boleh dipersoalkan.Iman pula bermakna percaya adanya Allah dsn mematuhi segala perintah-Ny manakala kepercayaan bermaksud mengakui, yakin akan benarnya sesatu.Makna03.11.2006
Salam. Adakah tepat nama institusi ini: Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM). Adakah cadangan nama yang lebih baik? Terima kasih.Berdasarkan semakan kami, perkaderan ini merujuk perihal mementuk ahli terlatih dalam sesuatu bidang. Dilihat dari aspek makna, perlulah membentuk ahli terlebih dahulu barulah memantapkannya. Cadangan kami, institusi tersebut dinamakan Institut Perkaderan dan Pemantapan Akidah Malaysia.Tatabahasa15.09.2015
assalamualaikum.. tolong berikan pengertian aqidah islamiyah dari sudut bahasa dan istillah menurut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru....

Akidah: Ar rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini.

Islamiah: Ar yg berkaitan dgn atau berasaskan agama Islam.

KD4 tidak memberi makna kata majmuk Akidah Islamiah. 

Makna30.09.2009
Apakah maksud “ilmu luas tanpa dilandasi,akidah sahihah dan akhlakull karimah,ibarat bangunan raksasa tanpa fondasi”?

Petikan ini dapat difahami seperti yang berikut: 

Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang jika tidak disertai dengan ilmu agama dan akhlak yang mulia, boleh ibaratkan seperti sebuah bangunan yang megah dan cantik tetapi struktur binaannya tidak kukuh. Kesimpulannya ilmu pengetahuan dan ilmu agama sama penting untuk melahirkan cendekiawan yang bermoral, berakhlak mulia dan menggunakan ilmu pengetahuan yang dimilikinya pada landasan yang benar.


Lain-lain17.07.2021
Makna peribahasa menara gading. Ada penulis A.Aida dan Nuri akidah dlm buku simpulan bahasa melayu memberi makna yang betbeza sekali. Boleh mengelirukan murid.Dalam data rujukan kami, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti).

Kontroversi makna simpulan bahasa, menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.
Makna20.02.2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Asma dari Pelajar Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Perbandingan Agama di USIM. Di sini saya ingin menyemak makna dari sudut bahasa dan istilah bagi perkataan kalbu, jantung dan hati. Perkara ini adalah untuk kajian bagi thesis saya. Segala bantuan dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.

Untuk makluman, ketiga-tiga perkataan tersebut merupakan perkataan biasa dan bukannya istilah. Pihak kami hanya dapat membantu memberikan makna berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4. Tuan/Puan mungkin boleh membuat semakan melalui kajian-kajian yang ada sebelum ini jika mahu melihat huraian yang lebih terperinci. Sehubungan dengan itu, kami berikan maksud mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4.

- Kalbu bermaksud hati (pusat segala perasaan batin).
- Jantung bermaksud 1. organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan, 2. benda yg berbentuk seperti jantung
- Hati bermaksud organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan.

Makna17.05.2017
Tuan, Apakah kesalahan (ejaan/tatabahasa) untuk ayat di bawah? 1. Ajaran Islam mengingatkan penganutnya agar sentiasa menjaga aqidah supaya tidak terpesong daripada landasannya. Terima kasih.
Ajaran Islam mengingatkan penganutnya agar sentiasa menjaga akidah supaya tidak terpesong daripada landasan.
Lain-lain05.12.2017
assalamualaikum tuan, untuk makluman tuan, saya kini dalam tindakan untuk menyediakan sighah fatwa dalam versi jawi bagi tujuan pewartaan, sehubungan dengan itu, mohon pengesahan berhubung ejaan jawi bagi beberapa perkataan berikut: 1) enakmen 2) syiah 3) takaful 4) kedudukan 5) kalimah 6) akidah 7) Islam 8) ajaran 9) lain-lain 10) syubhah 11) sperma, embrio dan ovum segala kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai.Seperti Lampiran.Ejaan23.07.2013
Dalam konteks agama Kristian, mereka merujuk kepada Jesus sebagai 'Lord'. Apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemah perkataan 'Lord' ini? Juga, apabila merujuk kepada Jesus dalam ayat seperti, 'He calls the disciples to be holy', yang man 'He' merujuk kepada Jesus, adakah 'He' diterjemah kepada 'Dia' atau terdapat perkataan yang lebih sesuai seperti 'beliau'? Terima kasih.Mohon maaf, pihak kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan bahasa, istilah atau makna, tetapi ia berkaitan juga dengan pemahaman dan akidah dalam bidang agama. Pihak kami mencadangkan supaya soalan ini dikemukakan kepada pihak lain yang berkaitan, contohnya: JAKIM atau Jabatan Perdana Menteri.Lain-lain24.03.2018
12

Kembali ke atas