Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.qil]/[a.kil] | عاقل

Definisi : Ar berakal, cerdik, pandai; ~ baligh cukup umur, dewasa (berdasarkan pertimbangan agama Islam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.qil]/[a.kil] | عاقل

Definisi : sudah dpt berfikir dgn waras; berakal; cerdik. ~ baligh sudah berakal dan cukup umur (biasanya 12-15 tahun bagi lelaki dan 9-12 tahun bagi perempuan) dan sudah wajib menunaikan perintah Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الإحتضانpenjagaan anakAgama IslamFiqhHak jagaan anak-anak yang belum mencapai umur akil baligh.
أهلية الناقصةkurang kelayakanAgama IslamFiqhSeseorang yang tidak mempunyai kelayakan sempurna dalam urusan yang berkaitan dengan harta dan tanggungjawab. Contohnya, kanak-kanak yang belum akil baligh.
paedophiliapedofiliaKriminologiKeadilan JenayahKecelaruan klinikal yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkannya memiliki kecenderungan tarikan atau fantasi seksual terhadap kanak-kanak yang belum atau hampir mencapai akil baligh, iaitu pelaku merupakan individu yang berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan lima tahun berbeza umur dengan kanak-kanak tersebut.
Antelian industryindustri AntelianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiIndustri ini berkembang di kawasan Timur Tengah. Nama industri ini diambil dari tempat asal penemuan, iaitu di Gua Antelia, Ksar Akil (Lebanon). Industri ini merupakan budaya Zaman Paleolitik yang berumur sekitar 41 000 hingga 43 000 tahun. Ciri khusus artifak industri ini ialah kapak tangan dan manik yang diperbuat daripada cangkerang laut. Artifak ini dihasilkan oleh manusia Antelia yang merupakan homo sapien yang awal.
epiphyseal cartilagerawan epifisilSains SukanBiomekanikRawan yang memisahkan diafisis dengan epifisis pada tulang panjang. Rawan ini berfungsi dalam pemanjangan tulang sebelum berlakunya proses pembentukan tisu tulang, terutama selepas individu mencapai akil baligh. Lihat juga diafisis, epifisis.
short term memory (STM))ingatan jangka pendek (STM)PsikologiPsikologi UmumIngatan yang menyimpan sejumlah kecil maklumat dalam masa yang agak singkat. Maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah dalam bentuk imej terutamanya secara fonetik. Contohnya, jika individu diperkenalkan kepada seorang kawan yang bernama Khalil, individu tersebut mungkin akan lebih mudah mengingatinya dengan mengaitkannya dengan bunyi -lil seperti Bakhil, Akil atau Jalil berbanding nama Seman atau Murad. Ingatan ini juga dikaitkan dengan ingatan bekerja, iaitu satu kawasan dalam otak yang digunakan untuk berfikir. Ingatan ini sangat sensitif kepada gangguan kerana mudah dilupai jika terdapat perkara yang mengganggunya.

Kembali ke atas