Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.né] | اکني

Definisi : (akné) (Ubat) sj penyakit kulit berupa bintik merah atau bengkak-bengkak kecil seakan-akan jerawat yg tumbuh pd muka dan leher, biasanya di kalangan remaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.né] | اکني

Definisi : /akné/ ist sj penyakit kulit berupa bintik merah atau bengkak-bengkak kecil seakan-akan jerawat yg tumbuh pd muka dan leher, biasanya pd remaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akne


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKNE

Akne ialah gangguan kulit yang paling biasa

berlaku dalam kalangan remaja belasan tahun. Ia

terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan,

terutamanya pada muka, bahagian atas dada, dan

belakang

UMUM 
TETRASIKLIN

Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik

yang digunakan untuk merawat jangkitan.

Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan

mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat

Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk

merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan

penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan

tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne.

Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun

1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan

meluas – malah kerap kali tidak sesuai – digunakan

bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan

banyak mikroorganisma dapat menentang kesan

daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin

tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat

mikroorganisma ini.

UMUM 

Kembali ke atas