Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kor.dion] | اکورديون

Definisi : sj alat muzik yg dimainkan dgn me­nekan-nekan bahagian-bahagiannya yg ter­tentu (dgn jari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akordion


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accordionakordionKesenianSeni Muzik

Alat key board aerofon berlelidah dan berpapan jari yang menggunakan kuasa angin untuk menghasilkan bunyi.

accordionakordionMuzikTiada

Alat muzik Barat yang diklasifikasikan sebagai aerofon dengan pelidah tanpa kawalan. Badan alat muzik ini berbentuk korak, mempunyai papan nada kecil dan belos. Apabila belos digerakkan, udara akan melalui pelidah yang terdapat dl dalam kotak alat tersebut. Alat tnuzik ini dimainkan dalam ensembel muzik asli, joget dan ronggeng di Malaysia.

chevron foldlipatan pucuk rebungGeologiTiadaLipatan seperti akordion yang mempunyai sayap yang sama panjang.
patahan lagupatahan laguMuzikTiada

 Motif melodi atau kadens spesifik yang dikaitkan dengan melodi lagu Melayu asli. Seorang pemain biola dan akordion akan mengimprovisasikan melodi asli dengan pata­han lagu.

dondang sayangdondang sayangMuzikTiada

 Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih.

boriaboriaMuzikTiada

 Tenter popular di Pulau Pinaog. Boria mula diperkenalkan pada abad ke-19 oleh keturunan Jawi Peranakan dan popular da lam kalangan urang Melayu. Boria terdin daripada sketsa lawak jenaka, nyanyian vokal dan tarian. Lagu dinyanyikan secara bersahut-sahutan antara tukang karang dengan korus. Korus ini juga dikenali sebagai sailors. Ensembelnya terdiri danpada biola, gambus, marwas, tabla, akordion, simbal, harmonika dan alat muzik Barat yang lain. Muziknya mengikut peredaran zaman, sementara liriknya tertumpu pada puisi, sajak dan isu semasa.

ronggengronggengMuzikTiada

 Tarian, muzik sosial dan muzik sinkretik yang melibatkan golongan lelaki dan perempuan menari sambil berpantun. Rong­geng dipersembahkan oleh orang Melayu dan Baba dalam majlis perayaan seperti majlis perkahwinan. Tetamu lelaki dijemput untuk menari bersama-sama dengan penari perem­puan. Ronggeng diiringi alat muzik seperti biola, akordion, rebana dan gong. Repertoirnya merangkumi lagu asli, joget, inang, masri, dondang sayang, keroncong, rhumba, cha-cha-cha dan lagu popular. Ronggeng dikenali juga sebagai joget.

zapinzapinMuzikTiada

Muzik dan tarian rakyat yang diperkenalkan di Malaysia oleh orang Arab dari Hadramaut yang menetap di Johor sebelum abad ke-14. Terdapat dua jenis zapin di Johor, iaitu (i) Tarian dan muzik zapin Arab yang rancak dan bertenaga dipersembahkan oleh masyarakat keturunan Arab Johor. Lagu zapin berbentuk nyanyian pantun dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Zapin Arab diiringi alat muzik seperti oud atau gambus, gendang marwas dan gendang dok, (ii) tarian dan muzik zapin Melayu yang diperkenalkan dalam kalangan masyara­kat Melayu melalui teater bangsawan dan pentas joget pada tahun 1930-an dan tahun 1940-an serta melalui filem Melayu pada tahun 1950-an. Zapin Melayu diiringi alat muzik seperti biola, akordion, gambus, seruling, dok, rebana dan tamburin. Contoh zapin Melayu ialah Gambus Palembang dan Zapin Maulana. 


Kembali ke atas