Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.ro.ba.tik] | اکروباتيک

Definisi : gerakan badan spt yg dapat dilaku­kan oleh akrobat: penjaga gol Jordan itu terpaksa melakukan ~ dlm usaha menye­lamatkan pintu golnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.ro.ba.tik] | اکروباتيک

Definisi : 1 berkaitan dgn ketangkasan atau kecekapan seseorang akrobat: aksi ~. 2 sebarang kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kecekapan spt akrobat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akrobatik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARKAS

Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang

menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis

trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih

haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih

memainkan peranan penting dalam kebanyakan

sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu

menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan

sementara kumpulan pancaragam dan penghibur

dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi

warna-warni dan keseronokan.

UMUM 
ACARA TERJUN

Acara terjun ialah sukan air yang menarik.

Seseorang penerjun melompat dari papan anjal

atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik

yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air.

Tidak seperti renang, acara terjun menekankan

teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan.

Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan

dan keindahan dengan keberanian semasa

berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya

melakukan terjun ke dalam air dengan deburan

yang minimum.

UMUM 

Kembali ke atas