Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.ro.nim] | اکرونيم

Definisi : kependekan yg terbentuk drpd ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA); mengakronimkan menjadikan bentuk ak­ronim; pengakroniman perihal atau proses mem­ben­tuk akronim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akronim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKRONIM

Akronim ialah bentuk singkat bagi serentetan kata, yang disebut atau ditulis sebagai satu kata.

BAHASAKonsep
AIDS

AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang

mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan

(HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya

tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat

bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun

melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama

kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika

Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini

seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah

didiagnosis di seluruh dunia.

UMUM 
SISKEP

SISKEP, sistem penterjemahan berbantukan komputer.  Sistem ini dibina oleh Projek Terjemahan Berkomputer di Universiti Sains Malaysia (USM).  SISKEP ialah akronim daripada Sistem Kerja bagi Penterjemah.  Sistem berkomputer ini membantu penterjemah dengan menyediakan sebuah pemproses kata, kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan tesaurus.

BAHASASistem
KRIS

KRIS, pertubuhan politik semasa Perang Dunia Kedua. KRIS ialah singkatan Kesejahteraan Rakyat Indonesia Semenanjung. KRIS ditubuhkan pada tahun 1943 di Ceylon (kini Sri Lanka). Ahli KRIS terdiri daripada masyarakat Melayu Indonesia yang tinggal di sana. Mereka bekerja sebagai pelaut, pedagang kecil dan buruh di pangkalan tentera Belanda dan Inggeris. Pada pertengahan tahun 1945, cawangan KRIS ditubuhkan di Singapura. Walaupun panggilan ringkasnya tetap menggunakan akronim KRIS, tetapi nama pertubuhan ini sering berubah. Pada mulanya dikenal sebagai “Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung”, kemudian diubah menjadi ‘Kesatuan Rakyat Istimewa’, dan ‘Kesatuan Rakyat Indonesia Istimewa’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas