Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.ro.nim] | اکرونيم

Definisi : kependekan yg terbentuk drpd ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA); mengakronimkan menjadikan bentuk ak­ronim; pengakroniman perihal atau proses mem­ben­tuk akronim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akronim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acronymakronimLinguistikTiadaTiada
acronymakronimPendidikanTiadaTiada
acronymakronimPerpustakaanTiadaPerkataan yang terbentuk daripada huruf awal.
acronymakronimKesusasteraanTiadaTiada
acronymakronimKesusasteraanPuisiPerkataan ringkas dalam puisi yang dibentuk daripada huruf atau suku kata yang berturutan. Contohnya, 'plb' yang bermaksud 'pembangunan luar bandar' dalam puisi "Kampung Talang" karya Dharmawijaya dan 'kerontang' yang bermaksud kering�kontang dalam puisi "Marhaen" karya A. Samad Said.
acronymakronim-TiadaKependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf atau suku kata beberapa perkataan.
chat acronymakronim sembangTeknologi MaklumatTiadaLihat singkatan sembang
dioldiolKejuruteraanPolimerAkronim kepada alkohol dihidrik, iaitu sejenis alkohol yang mempunyai dua kumpulan hidroksil (HO-R-OH). Contoh diol yang kerap digunakan dalam pempolimeran poliester ialah etilena glikol, HOCH2CH2OH, dan 1, 5-pentanadiol, HO(CH2)5OH.
IntelsatIntelsatPentadbiran PerniagaanTiadaAkronim bagi satelit antarabangsa.
EDSACEDSACTeknologi MaklumatTiadaAkronim bagi Electronic Delay Storage Automatic Computer. Komputer yang dibangunkan berasaskan seni bina komputer von Neumann di Universiti Cambridge oleh Maurice V. Wilkes dan pasukannya. EDSAC yang mula beroperasi pada 6 Mei 1949 merupakan komputer pertama di dunia yang mampu menyimpan atur cara untuk menjalankan operasi komputeran. Turut dikenali sebagai EDSAC Simulator, digunakan sehingga hari ini untuk mengajar sejarah komputeran; tutoran pengenalan kepada seni bina klasik komputer von Neuman; atau sebagai pengalaman bersejarah kepada saintis komputer. Kelajuan jam adalah 0.5 MHz dan output dicetak pada kertas bersambung. (Sumber gambar: http://www.dcs.warwick.ac.uk/~edsac/ )
1234

Kembali ke atas