Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.sa.ra] | اکسارا

Definisi : 1. huruf; 2. (Komp) huruf, angka, dll yg dapat dilambangkan dgn kod komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.sa.ra] | اکسارا

Definisi : 1 huruf. 2 ist huruf, angka, atau simbol dsb yg dpt dilambangkan dgn kod komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya mengenai perkataan aksara. Adakah aksara merujuk kepada huruf A,B,C? Sekiranya saya ingin membuat ayat, bolehkah saya tulis ‘Aksara B’ ‘Aksara Z’ dan sebagainya? Terima kasih.

Aksara ialah lambang dalam sistem tulisan bagi membentuk perkataan contohnya aksara Rumi, aksara Jawi, Aksara Cina, simbol tanda baca, rupa taip teks atau grafik yang digunakan dalam penulisan dan percetakan. Untuk merujuk kepada suatu huruf tertentu umumnya menggunakan perkataan “huruf” iaitu ‘Huruf B’ dan  ‘Huruf Z’

 

Tatabahasa20.08.2021
Selamat pagi. Terdapat dua cara pembentukan aksara Cina. Pertama, aksara yang hanya terdiri daripada komponen tunggal, seperti "山" (bukit). Kedua, aksara yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua komponen, misalnya "好" (baik)yang terbentuk dengan gabungan dua komponen iaitu "女" dan "子". Bolehkah aksara yang terbentuk dengan komponen tunggal itu digelar "aksara bersifat tunggal / aksara tunggal" dan aksara yang terbentuk dengan cara kedua digelar "aksara bersifat majmuk / aksara majmuk"? Terima kasih.
Untuk makluman, soalan tuan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya dalam bahasa Melayu sahaja. 
Tatabahasa01.03.2021
Setiap aksara Cina terdiri daripada garis lurus, garis miring, titik dan sebagainya. Adakah sesuai jika bahagian-bahagian yang membentuk aksara Cina ini disebut sebagai "lejang aksara"? Atau disebut "titik dan garis aksara Cina" sahaja? Terima kasih.Lejang aksara boleh digunakan bagi merujuk aksara Cina seperti yang dimaksudkan.Lain-lain23.12.2017
Aksara CJKV diringkas/diringkaskan berlainan di Jepun dan China‏‎?Sila kemukakan pertanyaan anda dengan jelas.Lain-lain31.10.2014
KEGAGALAN MEMASUKI AKSARA CARIAN KERANA PAPARAN MAKLUM BALAS SENTIASA KELUAR WALAU PUN BORANG TERSEBUT TELAH DIAMBIL TINDAKAN PENGHANTARANAduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Untuk sementara waktu, kami mencadangkan tuan menggunakan enjin carian Crome, bukan Internet Explorer.Lain-lain22.11.2016
Adakah penggunaan aksara pertama dalam "Bin", "Binti", "A/P", "A/L" dan "A/K" perlu dalam huruf besar atau huruf kecil?Jika ejaan nama menggunakan Huruf besar dan huruf kecil ,  penggunaan aksara pertama "bin", "binti", "a/p", "a/l" dan "a/k"  ialah huruf kecil .Ejaan27.03.2018
Assalamualaikum tuan, Saya ingin bertanya, perkataan 'aksara' adalah kata lain bagi perkataan 'huruf', apakah istilah/perkataan lain yang menggantikan kata 'ayat' dan 'perkataan' (berkemungkinan besar perkataan itu adalah asalnya bahasa sanskrit atau arkaik)Betul, aksara ialah huruf atau angka. Untuk mendapatkan makna perkataan-perkataan lain sila rujuk laman web www.prpm.dbp.gov.my.Makna18.06.2018
Penggunaan bentuk tulisan dan warna memberikan maksud atau perasaan yang berbeza dalam sesebuah penulisan. Sila jelaskan sekiranya; 1. Semua aksara yang digunakan huruf besar. Ianya bermaksud amaran. Adakah ia benar? 2. Semua Aksara yang digunakan berwarna merah. Ianya memberikan maksud marah. Adakah ia benar? Terima Kasih.Tidak ada maklumat yang diperkatakan dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami maklumat yang disampikan mungkin benar dan mungkin juga tidak benar bergantung pada konteks penggunaannya. Contohnya dalam dokumen perjanjian, ada perkataan yang ditulis dengan huruf besar kesemuanya bagi menjelaskan perkataan tersebut agar diambil perhatian oleh pembacanya.Tatabahasa26.07.2012
Bagaimanakah kita harus menyebut aksara "@"? Contohnya, dalam alamat emel "saudaraku@melayu.com", biasanya kita akan baca "saudaraku at melayu dot com". Apakah ini boleh diterima sedangkan perkataan "at" itu bukanlah perkataan melayu? Sekian. Terima kasih

Simbol '@' (at) disebut sebagai "di" dalam bahasa Melayu.

Contoh: Nasional@1 (Nasional di satu)

Istilah20.01.2009
Mohon nasihat pihak DBP mengenai penggunaan tanda sempang di dalam ayat berikut: "Kata laluan mestilah mempunyai sekurang- kurangya 10 aksara." Format untuk cetakan buku dan laman web kami mempunyai had dan tiada apa yang kami boleh lakukan untuk menjadikan perkataan "sekurang-kurangnya" menjadi satu baris. Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk rujukan lanjut. Apakah format ini boleh diterima? Terima kasih.Format penulisan sebegini boleh diterima, iaitu perkataan selepas sempang disambung ke baris seterusnya kerana ruang tidak mencukupi.  Walau bagaimanapun sekiranya puan ingin perkataan "sekurang-kurangnya" ditulis pada satu baris, puan boleh mengubah ayat kepada: Kata laluan mestilah mempunyai 8 aksara sekurang-kurangnya, dan mengandungi nombor, huruf besar dan huruf kecil.
Lain-lain22.09.2016
123

Kembali ke atas