Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.sés] | اکسيس

Definisi : (aksés) 1. (Komp) proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) sesuatu data, maklumat dsb, capaian: peng­guna akan diberi ~ internet secara auto­matik; pemohon dipercayai mempunyai ~ kpd rahsia negara; 2. peluang utk mendekati seseorang: ahli sosiologi tidak mudah mem­peroleh ~ kpd anggota masyarakat kelas atas; mengakses mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.sés] | اکسيس

Definisi : /aksés/ 1 ist proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) data atau maklumat. 2 hak atau bolehnya mencapai data atau maklumat dlm komputer; capaian: Pengguna akan diberi ~ Internet secara automatik. mengakses dpt mencapai, memperoleh atau menggunakan data atau maklumat dlm komputer: Sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn mudah dan cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akses


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, saya keliru penggunaan akses ke/akses kepada. Menurut pencarian saya di khidmat nasihat DBP, ada jawapan yang mengatakan akses ke adalah betul. ada juga jawapan yg mengatakan akses kepada adalah betul. ada juga mengatakan hanya 'akses' sahaja tanpa ada 'ke/kepada'. Mohon pencerahan. Terima kasihPenggunaan yang betul ialah "akses kepada".  Terima kasih.Tatabahasa14.01.2021
Minta beri nasihat tentang terjemahan untuk yang berikut: Teks asal: Allow access to ... [sesuatu aplikasi mudah alih] Terjemahan: Benarkan akses kepada ... ATAU Benarkan akses ke ...Terjemahan yang betul ialah Membenarkan akses kepada ...Penyemakan dan penterjemahan24.03.2017
Assalamualaikum. Untuk ayat sumber 'Allow access to your camera' (pemilik telefon perlu membenarkan aplikasi mengakses kamera bagi tujuan tertentu), bolehkah diterjemahkan sebagai 'Benarkan akses kepada kamera anda' atau adakah lebih sesuai 'Benarkan akses ke kamera anda'? Saya ingin tahu perbezaan penggunaan 'akses ke' dan 'akses kepada'. Terima kasih.

Waalaikumussalam. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ke dan kepada tergolong dalam kata sendi nama.

 

1. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contohnya:

i.   Mereka akan ke Kuantan esok. (menunjukkan tempat atau arah)

ii.  Ali menunggu temannya di perhentian bas dari pagi ke petang. (menunjukkan waktu atau masa)

 

2.  Kata sendi nama kepada menunjukkan terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

 

Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, ayat yang betul ialah “Benarkan akses ke kamera anda.” Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan07.02.2017
Mohon beri penjelasan lanjut/ perbezaan antara rujukan dan akses

rujukan bermaksud keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara atau sumber untuk dirujuk manakala akses bermaksud:

1. proses atau cara untuk mencapai (memperoleh, menggunakan) sesuatu data, maklumat, capaian

2. peluang untuk mendekati seseorang.

Tatabahasa13.10.2011
Salam satu Malaysia, Terjemahan bagi "Access point" dalam pangkalan data DBP ialah "Titik Capaian". Terjemahan "access" juga ialah "akses". Soalan saya, bolehkah "access point" diterjemahkan sebagai "Titik Akses" juga? Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang betul ialah titik capaian.Istilah15.10.2014
Adakah ayat di bawah betul? Jika salah, mengapa? 1) enjoy access to wi-fi - nikmati akses ke wi-fi 2) connect to wi-fi - bersambung ke wi-fi 3) to connect to the Internet - untuk bersambung ke InternetAssalamualaikum tuan,

Padanan ayat untuk Enjoy access to wi-fi ialah "Nikmati akses Wi-fi", connect to wi-fi merujuk kepada "Sambungan Wi-fi" dan to connect to the Internet merujuk kepada "Untuk Berhubung Melalui Internet" atau "Untuk Sambungan Internet".Padanan ayat bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang sesuai mestilah mengikut konteks kesesuaian ayat.

Untuk pengetahuan tuan, kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Justeru, Wi-fi dan Internet tidak tergolong dalam kata ini dan penggunaan kata sendi ke sebelumnya adalah kurang tepat.

Sekian. Terima kasih.


Makna12.02.2018
Di mana saya boleh akses secara talian buku daftar kata bahasa melayu rumi sebutan jawi? Perkhidmatan perpustakaan di tempat saya tutup kerana pkpb.Sila layari laman web kami untuk mengakses ejaan tulisan jawi dalam data kami melalui http://prpm.dbp.gov.my/ dengan menaip tanda petik terlebih dahulu di ruangan cari. Contoh ' 'jerayawara - جراياوارا
Lain-lain10.11.2020
PENGUBAHSUAIAN JALAN TELAH SIAP, AKSES LEBIH MUDAH.PEMBINAAN JALAN TELAH SIAP, LALUAN LEBIH MUDAH.Lain-lain26.11.2010
Assalamualaikum. Bolehkan perkataan 'penaziran' digunakan? Saya akses dalam dbp, hanya terdapat perkataan dan maksud nazir. Sedangkan perkataan 'penziran' adalah istilah yang biasa digunakan

Istilah nazir mempunyai beberapa maksud iaitu pemeriksa, pengawas, dan pelawat. Oleh itu, Pe...an yang digunakan merujuk kepada sesuatu proses. Maka maksud penaziran yang paling sesuai di sini ialah proses pemeriksaan. Untuk istilah penaziran boleh digunakan dalam bahasa Melayu.   

Tatabahasa19.12.2015
Farah Raina Jaafar Iklan papan tanda di KL "1BULAN AKSES TANPA HAD PERCUMA!" 13:34 Farah Raina Jaafar Farah Raina Assalammualaikum, kalu mcm ni, apa tindakan yg perlu di lakukan? Antara saya dah tidak tahu bahasa malaysia atau bahasa yg di gunakan tidak betul?Puan boleh mengemukakan aduan ini dengan mengambil gambar dan menghantarnya kepada Encik Mulia Nasution melalui e-mel mulia@dbp.gov.my atau memberi maklumat terperinci melalui talian 03-21479114. Terima kasih.Lain-lain27.11.2016
12345678

Kembali ke atas