Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.sés] | اکسيس

Definisi : (aksés) 1. (Komp) proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) sesuatu data, maklumat dsb, capaian: peng­guna akan diberi ~ internet secara auto­matik; pemohon dipercayai mempunyai ~ kpd rahsia negara; 2. peluang utk mendekati seseorang: ahli sosiologi tidak mudah mem­peroleh ~ kpd anggota masyarakat kelas atas; mengakses mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.sés] | اکسيس

Definisi : /aksés/ 1 ist proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) data atau maklumat. 2 hak atau bolehnya mencapai data atau maklumat dlm komputer; capaian: Pengguna akan diberi ~ Internet secara automatik. mengakses dpt mencapai, memperoleh atau menggunakan data atau maklumat dlm komputer: Sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn mudah dan cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akses


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
access righthak aksesTeknologi MaklumatTiadaTahap capaian bagi seseorang pengguna. Tahap ini akan menentukan fail atau atur cara yang boleh dicapai. Lihat juga senarai kawalan akses
access controlkawalan aksesTeknologi MaklumatTiadaKaedah untuk melindungi data sulit dalam komputer atau rangkaian komputer supaya tidak dicapai oleh pihak yang tidak berdaftar atau tanpa izin. Lihat juga senarai kawalan akses
gain accesslaluan aksesPergigianTiadaLangkah permulaan dalam prosedur untuk menggerudi gigi. Langkah ini penting kerana ia menyediakan laluan bagi prosedur seterusnya dalam membuat restorasi. Ia dibuat dengan menggunakan bur bulat yang kecil untuk mengurangkan pembuangan struktur gigi yang sihat. Ini adalah kerana kadangkala capaian akses ke struktur gigi yang berkaries perlu dibuat menerusi struktur gigi yang sihat.
accessaksesKomunikasiTiadaLihat: celus.
close accessakses tertutupPerpustakaanTiadaTiada
indirect accessakses tak langsungUndang-undangTiadaTiada
exclusive accessakses eksklusifUndang-undangTiadaTiada
open accessakses terbuka-TiadaKetersediaan bahan terbitan dalam talian yang diberikan secara percuma kepada individu yang ingin mendapatkannya.
access deviceperanti aksesTeknologi MaklumatTiadaIstilah yang merujuk kepada komputer peribadi seperti komputer buku, alat pegang tangan, pembantu peribadi digital (PDA) atau komponen komputer lain yang boleh mengakses rangkaian.
open (access) shelvesrak akses terbukaPerpustakaanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas