Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.sé.so.ri] | اکسيسوري

Definisi : (aksésori) 1. bahagian yg merupakan tambahan kpd sesuatu alat dll (bukan sesuatu yg perlu ada padanya): ~ kereta; 2. barang yg melengkapi pakaian seseorang, terutamanya wanita, spt beg tangan, kasut, rantai, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.sé.so.ri] | اکسيسوري

Definisi : /aksésori/ 1 bahagian yg merupakan tambahan kpd sesuatu alat, kenderaan dll (bukan sesuatu yg perlu ada pdnya): Spoiler merupakan salah satu drpd ~ kereta itu. 2 barang, spt beg tangan, rantai, dsb yg melengkapi pakaian seseorang, terutamanya wanita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksesori


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika menjual komputer, mesin pencetak, aksesori pencetak, aksesori komputer, laptop, smartphone, tablet dan lain2 yang berkaitan dengan peralatan it adakah sesuai jika hanya menggunakan istilah "peralatan komputer dan elektronik" di dalam SSM.Ayat "peralatan komputer dan elektronik" boleh merujuk barang berkenaan.Tatabahasa17.09.2017
Minta Bantuan Perkataan jawi seperti berikut : 1) KEDAI AKSESORI KERETA 2) PAKAR AKSESORI KERETA 3) KEDAI KOMPUTER 4)GEDUNG KOMPUTER 4) PENGIKLANAN 5) KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI TERIMA KASIH1) KEDAI AKSESORI KERETA  =  کداي اکسيسوري کريتا
2) PAKAR AKSESORI KERETA  =   ڤاکر اکسيسوري کريتا 
3) KEDAI KOMPUTER = کداي کومڤوتر 
4)GEDUNG KOMPUTER  =  ݢدوڠ کومڤوتر 
5) PENGIKLANAN =  ڤڠيعلانن
6) KEDAI ALAT TELEKOMUKASI  =  کداي الت تيليکومونيکاسي   
Lain-lain12.11.2019
Salam tuan/puan, Adakah "Accessory Potentiometer Signal" sesuai diterjemahkan kepada "Isyarat Potensiometer Aksesori" atau "Isyarat Aksesori Potensiometer". Bidang: kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Padanan bahasa Mealyu bagi "Accessory Potentiometer Signal" ialah Isyarat Potentiometer Aksesori.Istilah05.05.2019
KEDAI JUALAN AKSESORI KOLAM AIRKEDAI AKSESORI KOLAM RENANGLain-lain21.12.2010
Cadangan istilah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk 'Parts" di dalam tajuk - "Theft of Accessories and Parts" yang terdapat d dalam dokumen insurans kenderaan. Mohon nasihat DBP untuk mencadangkan istilah yang sesuai untuk "Parts" samada Komponen, Bahagian atau Alat Ganti seperti di bawah:- i) Kecurian Aksesori dan Komponen ii) Kecurian Aksesori dan Bahagian iii) Kecurian Aksesori dan Alat GantiDicadangkan terjemahan bagi Theft of Accessories and Parts ialah Kecurian Aksesori dan Alat Ganti.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2018
Pusat Kecantikan KeretaPusat Aksesori KeretaTatabahasa18.11.2008
Permohonan Lesen Perniagaan Iklan untuk Kedai Aksesori, Servies kereta dan air condUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain16.01.2017
Mohon beri ejaan jawi untuk "PUSAT SERVIS PENYAMAN UDARA DAN AKSESORI KERETA". di bagai untuk papan iklan Majlis Perbandaran Kemaman, terima kasih.Lihat Lampiran.Ejaan03.04.2014
Mohon pandangan, adakah perkataan 'body kit' sesuai digunakan untuk premis aksesori kenderaan...? Mohon cadangan ayat yang sesuai bagi iklan seumpama ini. TKUntuk makluman, perkataan 'kit' memang terdapat dalam istilah dan kamus terbitan DBP.  Kit dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud set bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang. Walau bagaimanapun, perkataan body kit tidak boleh digunakan kerana merupakan perkataan bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah kit badan kenderaan atau kit bahagian kenderaan.Istilah02.11.2011
Tuan/Puan, Apakah penterjemahan yang tepat untuk frasa "signature reduction devices", (dalam konteks aksesori senjata). Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah signature reduction ialah pengurangan tanda kenal. Bagi istilah signature reduction devices, padanan istilah yang bersesuaian ialah alat pengurangan tanda kenal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.02.2023
12

Kembali ke atas