Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.si] | اکسي

Definisi : 1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampak­kan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya; beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.si] | اکسي

Definisi : 1 tingkah laku (sikap, gerak-geri) yg dibuat-buat. 2 tindakan; gerakan. beraksi 1 bertingkah laku yg dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak melakukan sesuatu; bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksi

Peribahasa

Bagaimana bunyi gendang,
     begitulah tarinya.

Bermaksud :

Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catastrophemalapetaka; katastrofaKesusasteraanTiada1. Katastrofa: Peringkat akhir dalam aksi menurun, mematikan konflik dramatik, menyelesaikan plot dan mengandungi aksi-aksi yang diakibatkan oleh klimaks.
action cuttingpemotongan aksiKomunikasiTiadaTeknik penyuntingan yang menumpukan kepada proses penceritaan yang cepat dan padat dengan memberi tumpuan kepada aksi-aksi utama.
perlocutionaryperlokusionariKesusasteraanTiadaAksi linguistik yang berlaku ketika ujaran yang mempunyai tujuan dan kesan antara perorangan dan sosial. Perlokusioneri dikaitkan dengan teori aksi pertuturan yang diperkenalkan oleh J.L. Austin (1961). Aksi pertuturan dibahagikan kepada tiga jenis: Pertama, aksi lokusionari iaitu aksi percakapan. Kedua, aksi ilokusionari, iaitu aksi yang dilakukan melalui percakapan. Ketiga, aksi perlokusionari, iaitu kesan percakapan menerusi aksi ilokusionari terhadap pendengar seperti rasa geli hati, takut, atau tertekan. Komunikasi bukan verbal seperti reaksi muka dan pergerakan badan juga mempunyai kuasa perlokusionari kerana mampu menimbulkan kesan rasa tertarik, bosan, atau menyakitkan hati. Dalam teori aksi pertuturan dan bidang disiplin lain, seperti pragmatik dan penekanan, perlokusionari biasanya melibatkan tujuan komunikasi atau kuasa ilokusionari komunikasi tersebut. Kesan perlokusionari percakapan pula kurang diberikan penekanan kerana orang yang bercakap biasanya tidak dapat mengawal kesan perlokusionari pendengar. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk menganalisis ayat dalam teks sastera.
dynamic characterwatak dinamikKesusasteraanTiadaPelaku dalam karya sastera yang berkembang atau berubah sama ada dari segi psikologi atau aksi-aksi yang berlaku dalam plot.
action packedpenuh aksiKomunikasiTiadaCerita atau lakonan yang mengandungi unsur-unsur ketangkasan dan pergerakan yang pantas seperti dalam adegan peperangan, penyiasatan, pembunuhan dan sebagainya. Biasanya, cerita jenis ini selalu dikaitkan dengan aksi-aksi yang ganas.
turning pointdetik perubahanKesenianDrama dan TeaterTitik perubahan atau peralihan peristiwa dalam plot drama yang boleh berlaku sebelum aksi meningkat atau aksi menurun. Aksi atau peristiwa akan menentukan perubahan besar dalam plot. Detik perubahan boleh menukar kepantasan peristiwa dan arah peristiwa.
action replayulang aksiKomunikasiTiadaProses menayangkan semula sesuatu aksi yang telah berlaku. Contohnya, aksi seorang pemain bola sepak yang telah berjaya menjaringkan bola ke dalam gol. Aksi ini akan ditayangkan semula untuk beberapa saat. Pada masa yang sama, permainan bola sepak tersebut masih diteruskan. Lihat juga: ulang tayang segera.
unitykesatuanKesusasteraanTiadaKonsep menghubungkan atau menggabungkan karya sastera supaya menjadi keseluruhan yang sebati dan padu. Dalam drama, konsep penggabungan ini berlaku pada aksi, masa, dan tempat. Gabungan aksi ialah aksi utama tanpa subplot, watak dan latar. Gabungan masa ialah jangka masa sehari semalam, manakala gabungan tempat ialah lokasi yang dapat dikunjungi watak dalam satu hari. Konsep ini pertama kali dibincangkan oleh Aristotle dalam karya Poetics dan dimantapkan sebagai prinsip drama pada tahun 1570. Konsep ini diterima di sesetengah tempat di Eropah. Contohnya di Perancis, konsep ini diguna pakai selama 200 tahun, tetapi di England dan Sepanyol, konsep ini tidak diberikan perhatian. Namun penulis seperti Shakespeare tidak mematuhi konsep ini. Dramatis tersohor ini tidak mengambil kira keperluan atau pentingnya konsep kesatuan ini dalam pengkaryaannya.
actionaksiKesusasteraanTiadaGerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actus.,Gerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actus.
point of actiondetik aksiKesenianDrama dan TeaterSaat bermulanya sesuatu aksi dalam penulisan drama dan lakonan yang merubah aksi sebelumnya.
12345678910...

Kembali ke atas