Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.ta] | اکتا

Definisi : 1. undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb); 2. surat sijil: ~ guru; 3. surat keterangan yg disahkan oleh suatu badan rasmi atau badan pemerintah: ~ notaris; ~ syarikat undang-undang yg me-ng­awal pembentukan, penubuhan, pengurusan wang, dan pembubaran syarikat; mengaktakan menjadikan sbg akta (undang-undang): perkara itu perlu dikaji dgn teliti sebelum diaktakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.ta] | اکتا

Definisi : undang-undang ttg sesuatu hal yg telah diluluskan oleh parlimen. mengaktakan menjadikan sesuatu (perkara dsb) sbg akta: Perkara itu perlu dikaji dgn teliti sebelum diaktakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
classified materialbahan terkelasPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang maklumat, borang penyata atau dokumen lain yang dikemukakan bagi tujuan akta-akta percukaian.
takaful actakta takafulEkonomiEkonomi IslamAkta yang memperuntukkan peraturan dalam perniagaan takaful. Akta ini dikanunkan di Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 1984. Tujuan akta ini diwartakan adalah untuk membolehkan Bank Negara Malaysia menyusun dan menyelia syarikat pengendali takaful supaya mematuhi prinsip syariah dan undang-undang negara. Pada dasarnya, akta tersebut mengandungi 68 seksyen di bawah empat bahagian utama, iaitu: i. Persediaan. ii. Pengendalian Perniagaan Takaful. iii. Pulangan, Penyiasatan, Penutupan dan Pemindahan Perniagaan. iv. Pelbagai dan Am. Kesemua syarikat pengendali takaful di Malaysia tertakluk kepada Akta Takaful 1984.
Movement Control Order (MCO)Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)Undang-undangTiadaSatu peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia berpandukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit, 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344). Peraturan ini antaranya mengandungi larangan kepada orang awam daripada terlibat dalam sebarang bentuk perhimpunan orang ramai atau larangan terhadap pergerakan keluar masuk.
social security actakta keselamatan sosialPentadbiran PerniagaanTiadaAkta yang menghendaki semua pekerja dilindungi daripada kemalangan industri, penyakit dan hilang upaya disebabkan pekerjaan dan hilang upaya. Akta ini juga membolehkan waris mendapat pampasan akibat kecederaan atau kematian yang berlaku ke atas pekerja tersebut.
administrative procedure actakta tatacara pentadbiranPentadbiranTiadaSet peraturan dan undang-undang yang menjadi panduan kakitangan sesebuah organisasi dalam melaksanakan bidang tugas yang diamanahkan. Akta tatacara pentadbiran merangkumi pelbagai elemen khusus yang wajib dipatuhi seperti hal yang berkaitan lantikan dan kenaikan pangkat, pengesahan dalam jawatan, penamatan kerja, kelakuan dan tatatertib, tatacara kewangan, hal ehwal perubatan dan prosedur mesyuarat. Akta tatacara pentadbiran bertindak mengawal pelaksanaan sesuatu bidang tugas dan dapat memastikan hal ehwal pentadbiran mencapai tahap kredibiliti yang tinggi, imej yang bersih dan berintegriti. Pelanggaran terhadap akta tatacara pentadbiran boleh dikenakan tindakan undang-undang dan tatatertib. Contohnya, Perintah Am, Akta Acara Kewangan, Arahan Perkhidmatan dan Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor. Sinonim akta prosedur pentadbiran.
environmental quality actakta kualiti alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauAkta yang berkaitan dengan pencegahan, pengurangan, kawalan pencemaran dan peningkatan kesedaran alam sekitar serta penguatkuasaan yang disabitkan oleh akta berkenaan.
Dangerous Drug Act 1952Akta Dadah Berbahaya 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang memperuntukkan pengawalseliaan pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan, dan penggunaan opium serta beberapa ubat atau bahan berbahaya yang lain. Akta ini turut membuat peruntukan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah.
Poisons Act 1952Akta Racun 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989.
Enhanced Movement Control Order (EMCO)Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD)Undang-undangTiadaArahan kawalan pergerakan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengekang penularan jangkitan, mengasingkan, mengenal pasti pembawa COVID-19 dan meminimumkan penyebaran daripada penyakit ini, berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Akta Polis 1967 [Akta 344].
environmental legislationperundangan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauHimpunan perundangan yang merangkumi akta, kaedah, peraturan dan perintah yang digubal untuk melindungi alam sekitar. Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) di Malaysia.
12345678910...

Kembali ke atas