Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktifnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? `Perkara ini harus diberi perhatian.` ATAU `Perkara ini harus diberikan perhatian`? Kedua-dua ayat ini nampaknya ialah ayat pasif. Bagaimanakah ragam ayat aktifnya? Terima kasih .Ayat aktifnya ialah seseorang harus memberi perkara ini  perhatian.  Tatabahasa10.04.2009
1. Saya merujuk perkara di atas atau Saya merujuki perkara di atas. apabila dipasifkan akan menjadi Perkara di atas saya rujuk atau Perkara di atas saya rujuki.Perkataan merujuk sama maksudnya dengan merujuki, jika aktifnya perkataan merujuk, pasifnya dirujuk; manakala jika aktifnya merujuki, maka pasifnya dirujuki.Tatabahasa15.11.2014
Yang manakah betul? (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Sudah tentu kedua-dua ayat di atas ialah ayat pasif. Boleh tak tuan tunjukkan ayat aktifnya?(a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Kedua-dua ayat tersebut betul dan kedua-dua bentuk ayat pasif ini telah menggugurkan pelaku, sepatutnya ayat tersebut menjadi; (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). Penguguran ini dibenarkan untuk ayat pasif diri ketiga. Berdasarkan bentuk asal ayat tersebut, ayat aktifnya menjadi; (a) Ahmad membuat meja itu daripada kayu cengal.Tatabahasa13.05.2009
Bagaimana hendak membezakan ayat songsang dan ayat pasif melalui ciri-ciri atau bentuk susunannya?Sdr. ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal iaitu objek dalam ayat aktifnya. contoh : Dia menyediakan laporan itu(aktif). Laporan itu disediakan olehnya(pasif). manakala ayat songsang pula berbentuk seperti ini pokok mangga itu saya tanamTatabahasa08.09.2007
Salam sejahtera tuan. Ayat pasif yang berikut yang manakah betul? Harap diberi penjelasan jua. Terima kasih. ① Wanita itu telah dilantik sebagai setiausaha oleh Datuk Mustafa. ② Wanita itu telah dilantik oleh Datuk Mustafa sebagai setiausaha. Ayat Aktifnya : Datuk Mustafa telah melantik wanita itu sebagai setiausahanya.② Wanita itu telah dilantik oleh Datuk Mustafa sebagai setiausaha.Tatabahasa08.06.2015
Salam sejahtera saya tujukan kepada Tuan DBP yang saya hormati. Minta perhatian tuan tentang soal yang saya usulkan dalam lampiran di bawah. Saya ikhlas memohon balas tuan sebagai rujukan saya dalam soal ini. Saya mempercayai bahawa sekalian masalah tentu dapat diselesaikan melalui perundingan dua hala.Merujuk ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama. Perkataan merujuk sama maksudnya dengan merujuki, jika aktifnya perkataan merujuk, pasifnya dirujuk; manakala jika aktifnya merujuki, maka pasifnya dirujuki. Oleh itu,  kedua-dua bentuk "merujuk" dan "merujuki" betul dan boleh digunakan berasaskan aturan yang tuan usulkan seperti dalam lampiran.Tatabahasa05.08.2016
Batu yang besar itu terangkat oleh saya.(ayat pasif) jd mcm mana kita nak Aktifkan ayat ini? Saya terangkat batu yang besar itu. Atau Saya mengangkat batu yang besar itu. Yg mana satu ayat aktif? Atau kedua2nya betul?Ayat Pasif Batu yang besar itu terangkat oleh saya, dan ayat aktifnya Saya terangkat batu yang besar itu.Tatabahasa26.09.2014
IMBUHAN APITAN,, KE--AN,, DIKATAKAN BOLEH JADI KATA KERJA UNTUK AYAT PASIF!!!!! PERSOALANNYA IALAH BAGIMANA NAK TUKARKAN AYAT AYAT dibawa INI KEPADA AYAT AKTIF????((1)Malam tadi jiran saya kecurian(2)Sayup-sayup suara azan kedengaran (3) Badannya berpeluh kerana kepanasan (4 ) Dia kehujanan dijalan )) sila rujuk TATABAHASA DEWAN M.S(213) DALAM BAB 7 KATA KERJA ,,,,,,,,,,,,,,,,, TOLONG BERIKAN JAWAPAN LENGKAP ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Saudara Wan,

Ayat pasif dengan perkataan berimbuhan di... boleh diaktifkan dengan kata kerja berimbuhan meN.... Walau bagaimanapun bagi ayat pasif dengan perkataan berimbuhan apitan ke...an , ayat aktifnya tidak terbentuk demikian.  Dalam hal ini ayat aktifnya dibentuk dengan mengenal pasti  subjek yang melakukannya. Contoh: Orang ramai mendengar suara azan  sayup-sayup.  

Tatabahasa21.06.2009
saya ada satu soalan lagi tentang ayat pasif dan ayat aktif juga iaitu,harap tuan/puan tolong semak.Terima kasih. soalan : ayat pasif: Kebersihan dijaga oleh pekerja kedai itu. jawapan : ayat aktif : Pekerja menjaga kebersihan kedai itu.Ayat pasif yang betul jika merujuk ayat aktif ialah Kebersihan kedai itu dijaga oleh pekerja. Oleh itu ayat aktifnya ialah Pekerja menjaga kebersihan kedai itu.Tatabahasa13.08.2009
Tuan, minta lihat contoh ayat di bawah. 1. Hal ini perlu diberi perhatian. ayat (1) setelah diaktifkan, menjadi ayat (2): 2. (Pelaku) perlu memberi hal ini perhatian. Ayat aktif ini juga boleh berbentuk seperti ayat (3), 3. (Pelaku) perlu memberikan perhatian kepada hal ini. jikalau ayat pasif ayat (3) berbentuk macam ini: 4. Perhatian perlu diberikan kepada hal ini. Tetapi, tuan mengatakan bahawa setelah frasa 'diberikan perhatian' dalam ayat (1) diaktifkan, akan menjadi 'memberikan perhatian', itu salah tuan. Sepatutnya objek dalam ayat (1) ialah 'hal ini'. Perkataan 'perhatian' ialah objek sipi. Maka, objek tepat, iaitu 'hal ini' yang dipindahkan ke belakang kata kerja aktif setelah ayat pasif diaktifkan, membentuk frasa kerja 'memberi hal ini perhatian'. Perhatikan bahawa objek sipi 'perhatian' diletakkan di belakang objek tepat 'hal ini'. Objek penerima ialah 'hal ini', jadi digunakan selepas kata kerja 'memberi', manakala 'perhatian' ialah sesuatu yang disampaikan, diberikan atau diserahkan.Jika ayat pasif, "Hal ini perlu diberi perhatian", aktifnya "...memberi hal ini perhatian" dan jika ayat pasif "Perhatian perlu diberikan kepada hal ini", aktifnya "... perlu memberikan perhatian kepada hal ini". Hal ini ialah "objek tepat" dan perhatian ialah "objek sipi". Kami mengambil maklum pandangan tuan dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa19.11.2014
12

Kembali ke atas