Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.ti.vis] | اکتيۏيس

Definisi : orang yg melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif: dua puluh tahun bukanlah waktu yg pendek bagi seseorang, apalagi bagi seorang tokoh yg menjadi ~ gerakan kemerdekaan semenjak usia muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktivis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya adalah aktivis puisi tepi jalan. Sudah beberapa kali mencetak buku sendiri. Pernah berkongsi pentas sama manusia-manusia sehebat Pak Samad, Rahmat Haron, Pyan Habib dan Meor. Saya ingin mengetahui apakah cara untuk saya mendapat peluang menerbitkan buku lewat saluran formal. Harap dibantu.Karya saudara boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, untuk terbitan majalah, tetapi jika saudara ingin menerbitkan dalam bentuk buku, sila hantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera di alamat yang sama.Lain-lain06.05.2009
tuan, saya ada beberapa soalan yang menimbulkan kekeiruan: 1. suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka.( kesalahan jawapan ialah sesama) 2. aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat.(kesalahan: bermasyarakat) 3. pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. (kesalahan:pengulas) 4. perkhidmatan layan diri.(kesalahan di mana?) 5. kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut.( kesalahan di mana?) 6. pelbagai jenis lauk-pauk( kesalahan di mana?)

1. Suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka. - sesama bermaksud antara, ayat ini betul 

2. Aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat. - yang betul 'aktivitis masyarakat', iaitu kata majmuk   

3. Pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. - ayat ini betul kerana pengulas ialah orang yang bertugas memberikan ulasan terhadap kegiatan sukan itu

4. Perkhidmatan layan diri. - buang perkataan 'perkhidmatan' kerana tiada khidmat yang diberikan. 'Layan Diri' sahaja 

5. Kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut. tiada kesalahan

6. Pelbagai jenis lauk-pauk - Frasa yang betul 'pelbagai jenis lauk' atau 'lauk-pauk'

Tatabahasa29.03.2011
Apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada kemajuannya melakukan daya usaha dalam pembelajarannya. 2. Pra-siswazah di luar negara diingatkan tidak terikut-ikut oleh dakyah kotor aktivis anti Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara. 3. Satu jawatankuasa perlu dibentuk segera bagi memudahkan kertas kerja ditulis bagi mendapatkan bantuan kewangan dengan segera.Salam Sejahtera,

1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada kemajuannya melakukan daya usaha dalam pembelajarannya.
 
Jawapan: Ayat yang betul ialah "Kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran banyak bergantung pada daya usahanya".

2. Pra-siswazah di luar negara diingatkan tidak terikut-ikut oleh dakyah kotor aktivis anti Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara.

 Jawapan: Ayat yang betul ialah "Prasiswazah di luar negara diingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan dakyah kotor anti-Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara".

3. Satu jawatankuasa perlu dibentuk segera bagi memudahkan kertas kerja ditulis bagi mendapatkan bantuan kewangan dengan segera.
Jawapan: Ayat yang betul ialah "Satu jawatankuasa perlu dibentuk bagi memudahkan penulisan kertas kerja untuk mendapatkan bantuan kewangan dengan segera".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa28.02.2013
Adakah ayat di bawah salah struktur bahasanya? 1. Aktivitis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan Kalau ayat tersebut salah strukturnya, apakah alasannya?

Saudara,

Ayat yang betul : Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan.  Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207.

    

Tatabahasa03.09.2009
1. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BAHASA BERIRAMA (salah satu puisi tradisional kita). 2. Bagaimanakah puisi tradisional ini didendangkan? 3. Semasa BAHASA BERIRAMA didendangkan apakah alat muzik yang sesuai digunakan? 4. Sertakan bersama contoh BAHASA BERIRAMA sekiranya ada? maz's Terima kasih1. Bahasa beirama ialah sejenis puisi lisan Melayu yang tertua. Bahasa berirama ini biasanya digunakan dalam cerita-cerita rakyat seperti cerita lipur lara atau cerita-cerita Kaba di Minangkabau. Bahasa berirama mengandung irama teratur dan kuat. dalam ungkapan ini irama sangat dipentingkan, diciptakan melalui susunan baris yang pendek. Lukisannya dulang-ulang dengan berbagai-bagai perumpamaan yang mengandung pengertian yang sama. 2. Sila dapatkan CD Roslan Madun, iaitu salah seorang aktivis dan penyanyi lagu rakyat. 3. Lazimnya alat muzik yang asas digunakan ialah gendang. 4. Sila rujuk buku Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman.Lain-lain08.05.2008

Kembali ke atas