Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktivit

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. 1.Ramai orang yang berasa kurang gemar untuk melakukan aktiviti senaman.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah ,mohon beri penjelasan. 2.Selain itu,aktivit senaman merupakan kegiatan riadah yang akan melapangkan fikiran kita.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah,mohon beri penjelasan. 3.Bukan itu sahaja,kita juga dapat melegakan stres dan tekanan perasaan yang kita hadapi.Contohnya,setelah kita penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan mengurangkan tekanan kita.Adakah penggunaan ayat di atas betul? Jika salah,mohon beri penjelasan.Sekian,terima kasih.

Selamat ptg:

1. Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah.
2. Maksud senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ayat yang dicadangkan Aktiviti riadah dapat melapangkan fikiran kita.
3. Sres dan tekanan mempunyai makna yang sama. Ayat yang dicadangkan: Selain itu, aktiviti riadah dapat melegakan tekanan yang kita hadapi.
4. Setelah penat belajar, kita boleh menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain06.11.2016
1) sedentary behaviour = tingkah-laku tidak ktif 2) cancer survivor =pemandiri kanser/ pesakit kanser yang terselamat 3) survivorship = tempoh pemandiri kanser 4) health related quality of life (HRQoL)= kualiti hidup berkaitan kesihatan 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA)= aktivit fizikal sederhana hingga kuat Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan.Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam contoh ayat supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih.Istilah12.07.2018

Kembali ke atas