Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.ti.vi.ti] | اکتيۏيتي

Definisi : kegiatan: pegawai daerah ini giat dlm ~ sosial, sukan dan budaya; beraktiviti melibatkan diri dlm sesuatu ke­giat­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.ti.vi.ti] | اکتيۏيتي

Definisi : sesuatu yg dilakukan; kegiatan; usaha: Di samping menjadi ketua murid, ia masih dpt menyertai beberapa ~ di sekolahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktiviti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan 'di' dan 'pada'. Bolehkah menggunakan kedua-dua perkataan ini pada ayat seperti berikut: Aktiviti-aktiviti di bulan Ramadan atau Aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah aktiviti pada bulan Ramadan...Tatabahasa29.07.2013
Benarkah penggunaan kata ganda untuk menunjukkan jumlah sesuatu benda/perbuatan yang melebihi satu tidak lagi digunakan? Contohnya - aktiviti pertanian dan bukannya aktiviti-aktiviti pertanian.Bentuk 'aktiviti-aktiviti pertanian' masih digunakan dan tidak salah. Biasanya dalam sesuatu teks atau wacana maksud jamak atau ganda sudah tersirat dalam teks tersebut dan oleh sebab itu tidak perlu mengulang perkataan tersebut. Tatabahasa04.04.2008
Salam sejahtera. Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan aktiviti aktiviti sukan. Adakah frasa ‘berkaitan aktiviti sukan’ gramatis? Pencerahan tuan/puan amat dihargai. Sekian.

Frasa “berkaitan aktiviti sukan” adalah gramatis. “aktiviti” dalam frasa tersebut sudah mewakili fungsi jamak kata ganda “aktiviti-aktiviti”.

Lain-lain14.03.2022
Salam sejahtera. Ayat-ayat berikut, yang manakah betul? 1. a. Mereka bekerjasama menjalani aktiviti gotong-royong. b. Merekan bekerjasama menjalankan aktiviti gotong-royong. 2. a. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mencari harta kanun, pertandingan melukis dan aktiviti-aktiviti lain. b. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan mencari harta kanun, pertandingan melukis dan aktiviti-aktiviti lain dijalankan.

Ayat yang betul ialah:

1. Mereka bekerjasama menjalankan aktiviti gotong-royong.

2. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mencari harta karun, melukis dan lain-lain

Tatabahasa16.12.2021
Selamat pagi. Saya ingin meminta bantuan daripada pihak dbp untuk menjelaskan persoalan saya di bawah. Peratusan pelajar yang menyertai aktiviti renang / aktiviti berenang di sekolah adalah sebanyak 30 peratus. Yang manakah betul? Aktiviti renang atau aktiviti berenang? Aktiviti bermain bola keranjang atau aktiviti bola keranjang? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah  Peratusan pelajar yang menyertai aktiviti renang/aktiviti bermain bola keranjang di sekolah sebanyak 30 peratus.

Kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan.
Tatabahasa25.07.2017
Assalammualaikum, saya ingin mengutarakan soalan mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, seperti yang saya maklum dibawah jabatan ini terbahagai kepada lima bahagian dan masing-masing mempunyai cara dan fungsi yang tersendiri. Soalan saya ialah seperti berikut: 1. Apakah peranan bagi setiap bahagian? 2. Pada tahun 2013 berapa program dan aktiviti yang telah diusahakan dan dijalankan oleh jabatan ini?

Jawapan soalan pertama iaitu, peranan setiap bahgian dalam Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP Kuala Lumpur termasuklah seperti yang berikut:

·    Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan dan penggalakkan karyawan dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar Negara.

·    Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan.

·    Memberikan pengiktirafan dan/atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada karya-karya bermutu.

·    Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan.

·    Mengenal pasti dan membina bakat penulis, penghayatan dan seni persembahan dan tenaga pakar (munsyi bahasa/sastera).

·    Mengembangkan bahasa kebangsaan pelbagai kaum, termasuk pengantarabangsaan bahasa dan sastera.

·    Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri).

Untuk jawapan soalan kedua, DBP Kuala Lumpur tidak memberikan data jumlah keseluruhan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera kepada pihak yang tidak berkepentingan. Sekiranya puan mempunyai keperluan untuk mendapatkan data tersebut, mohon puan menghantar permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah DBP dengan menyatakan justifikasi maklumat tersebut diperlukan. Surat permohonan rasmi boleh terus dihantar kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP Kuala Lumpur, Aras 30, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.

Lain-lain24.03.2014
Salam sejahtera, 1.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda 'Berhenti' di tengah-tengah jalan raya.(Apakah tanda baca yang perlu dibubuh pada perkataan 'Berhenti'?) 2.Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas.(Perlukan perkataan aktiviti itu membawa maksud jamak?) 3.Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim / mengeratkan hubungan silaturahim.(Perlu ditulis hubungan di depan silaturahim?) 4.me.ngo.rek (adakah pemenggalan suku kata ejaan betul dan apakah pemenggalan sebutan bagi perkataan mengorek?) Terima kasih1. Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya.

2. Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti/aktviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas. Perkataan aktiviti boleh membawa maksud jamak berdasarkan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun penggunaan aktiviti-aktiviti juga boleh dibenarkan asalkan tidak didahului oleh penanda jamak seperti pelbagai aktiviti dan penggunaan ini (tunggal atau jamak) hendaklah konsisten dalam keseluruhan wacana.

3. Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim.

4. Pemenggalan yang betul ialah "me.ngo.rek".
Tatabahasa27.05.2022
5. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada ahli JLAKS yang menerima pingat dan darjah kebesaran seperti berikut: 6. Pengerusi turut mengimbas kembali aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tempoh enam bulan kedua tahun 2013 seperti berikut: 7. Pengerusi seterusnya memaklumkan terdapat beberapa lagi aktiviti bagi tahun 2013 yang dirancang dan bakal dilaksanakan seperti berikut: a. 15 Nov - Perbarisan Persaraan TPTL, Serah Tugas TPTL dan Majlis Jasamu Dikenang di KDSG. b. 30 Nov - Hari Keluarga Markas Tentera Laut di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Lain-lain13.01.2014
Tuan, objek abstrak boleh digandakankah? Contoh: 1. ciri-ciri 2. contoh-contoh 3. kesan-kesan 4. kepentingan-kepentingan 5. faedah-faedah 6. aktiviti-aktiviti/kegiatan-kegiatan 7. perasaan-perasaan 8. pandangan-pandanganTidak perlu digandakan perkataan tersebut, tunggal atau jamak boleh ditentukan berdasarkan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa11.05.2014
Aktiviti pembacaan buku. Aktiviti membaca buku. Adakah kedua-dua ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah Aktiviti membaca buku.Tatabahasa09.07.2023
12345678910...

Kembali ke atas