Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[ak.ti.vi.ti] | اکتيۏيتي

Definisi : kegiatan: pegawai daerah ini giat dlm ~ sosial, sukan dan budaya; beraktiviti melibatkan diri dlm sesuatu ke­giat­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.ti.vi.ti] | اکتيۏيتي

Definisi : sesuatu yg dilakukan; kegiatan; usaha: Di samping menjadi ketua murid, ia masih dpt menyertai beberapa ~ di sekolahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktiviti

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
activity sequencejujukan aktivitiPentadbiranTiadaSenarai aktiviti-aktiviti mengikut tertib dalam sesuatu rangkaian.
activity schedulejadual aktivitiPentadbiranTiadaJadual masa bagi aktiviti-aktiviti dari mula hingga tamat.
activity-on-arcaktiviti-atas-lengkokPentadbiranTiadaGambaran projek berbentuk rangkaian yang mana lengkok-lengkok mewakili aktiviti-aktiviti selepas pendahulu terdekat.
activity-on-nodeaktiviti-atas-nodPentadbiranTiadaGambaran projek berbentuk rangkaian yang mana nod-nod mewakili aktiviti-aktiviti dan ranting-ranting mewakili perhubungan pendahulu terdekat.
chief projectionistketua penayangKomunikasiTiadaOrang yang bertanggungjawab mengetuai dan menyelaras aktiviti-aktiviti penayangan filem.
industrial parktaman industriSosiologiTiadaKawasan yang telah dizonkan dan digunakan oleh aktiviti-aktiviti perusahaan dan perkilangan.
annual reportlaporan tahunanPerpustakaanTiada2. Laporan tentang hasil penerbitan, perolehan buku, kewangan, aktiviti-aktiviti perpustakaan, perkhidmatan, dan yang berkaitan dengannya yang biasanya diterbitkan pada akhir sesuatu tahun.
clearing house (information)pusat penyebaran (maklumat)PerpustakaanTiada1. Organisasi yang mengumpul dan menyelenggarakan rekod penyelidikan, dan aktiviti-aktiviti lain.,2. Perpustakaan khusus yang mempunyai jumlah bahan bercetak yang terhad tetapi mengumpulkan maklumat melalui telefon dan surat menyurat serta penggunaan perpustakaan-perpustakaan lain.
Multimedia Super Corridor (MSC)Koridor Raya Multimedia (MSC)Teknologi MaklumatTiadaSatu inisiatif Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan aktiviti-aktiviti teknologi maklumat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab maklumat dan pengetahuan. Satu kawasan telah digazetkan untuk MSC yang keluasannya adalah 15x50 km bermula daripada Petronas Twin Tower hingga KLIA termasuk Putrajaya dan Cyberjaya. Tujuannya adalah untuk menarik syarikat melabur dengan menyediakan infrastruktur, infostruktur dan insentif kewangan seperti pengecualian cukai. Multimedia Development Corporation (MDC) ditubuhkan untuk menguruskan MSC.

12345678910...

Kembali ke atas