Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.tor] | اکتور

Definisi : 1. pelakon lelaki yg membintangi sesuatu filem (televisyen, radio); 2. orang yg berpe­ranan dlm sesuatu kejadian, pelaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
behaviouralismbehaviouralismeSains PolitikTiadaFalsafah atau pendekatan kajian politik yang bersifat empirik dan meneliti perilaku aktor-aktor politik.
intergovernmentalantara kerajaanSains PolitikHubungan AntarabangsaInteraksi dan hubungan antara kerajaan atau negara yang merupakan aktor-aktor antarabangsa. Contohnya, hubungan diplomasi antara kerajaan Malaysia dengan Jepun
behavioural persuasionaliran behaviouralSains PolitikTiadaAliran kajian tentang fenomena politik dengan menggunakan pendekatan perilaku atau kaedah penelitian terhadap tindakan-tindakan dan aktiviti aktor-aktor politik.
international lawundang-undang antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaUndang-undang yang mengawal hubungan sesebuah negara, pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional atau individu dengan sesebuah negara yang lain. Undangundang antarabangsa penting dalam mengawal tindakan dan peranan yang dilakukan oleh aktor-aktor dalam hubungan antarabangsa yang merentas sempadan negara supaya tidak bercanggah dengan amalan di sesebuah negara. Hal ini bermakna, undang-undang antarabangsa digunakan apabila dua atau lebih negara atau warganegara terlibat dalam sesuatu konflik yang memerlukan penyelesaian undang-undang. Kewujudan sistem undang-undang di peringkat antarabangsa secara dasarnya telah berjaya mengawal keamanan dunia terutamanya apabila wujud pelbagai perkara yang bercanggah di antara negara dengan negara-negara lain di dunia. Kewujudan PBB misalnya telah berjaya memastikan undang-undang antarabangsa digubal dan dilaksanakan terutamanya dengan kewujudan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda. Undang-undang antarabangsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu undang-undang antarabangsa awam dan undang-undang antarabangsa persendirian. Antara perkara yang termasuk dalam undang-undang antarabangsa ialah hal-hal yang berkaitan undang-undang jenayah antarabangsa, penggunaan kekerasan, kemanusiaan, kelautan, diplomatic dan alam sekitar. Undang-undang antarabangsa digubal secara konvensyen, iaitu persetujuan daripada negara-negara yang menyertainya.
non-state actoraktor bukan negaraSains PolitikPolitik PerbandinganAktor dalam politik antarabangsa yang bukan merupakan sebuah negara. Biasanya aktor dalam politik antarabangsa terdiri daripada negara yang bersaing dan berperanan dalam hubungan antarabangsa. Aktor daripada kelompok bukan negara seperti pertubuhan multinasional, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kelompok pemisah seperti Gerakan Acheh Merdeka dan pertubuhan sukarela transnasional seperti Greenpeace dan WWF.
capitalismkapitalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem ekonomi bebas yang membenarkan pemilikan modal dan persaingan tanpa sekatan. Dari segi penggunaannya, konsep ini menghuraikan satu fahaman yang merujuk kepada hak individu atau sesebuah kumpulan untuk menjual dan membeli sesuatu barangan sama ada buruh, tanah dan juga wang dalam pasaran bebas. Fahaman ini berasaskan kepada konsep pasaran bebas atau laissez-faire yang sangat bergantung kepada peraturan pasaran yang ditentukan oleh aktiviti-aktiviti pasaran itu sendiri seperti turun naik harga, spekulasi dan permintaan. Dalam sistem ini, pihak pemeritah hanya berperanan sebagai sebuah institusi yang menyediakan infrastruktur pasaran dan bertindak sebagai pengadil atau kuasa pengimbang sekiranya wujud pertelingkahan atau konflik di kalangan aktor-aktor pasaran. Konsep kapitalisme mula digunakan oleh seorang tokoh pemikir iaitu Thackeray (1854). Karl Marx (1818-1883) pula mentakrifkannya sebagai sistem pengeluaran kapitalis. Dari sudut sejarah, konsep ini mula berkembang dan mantap di Eropah di antara abad ke-16 dan ke-19. Contohnya, Great Britain, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan negara kapitalisme. Sinonim faham kapitalis.
action theoryteori tindakanSains PolitikPolitik PerbandinganTeori yang menganalisis tingkah laku atau tindakan seseorang aktor politik. Teori ini bermula dengan menganalisis matlamat, harapan, nilai dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tersebut dan juga tahap pengetahuan aktor terhadap situasi tindakan yang telah diambil. Teori ini telah diperkenalkan oleh Max Weber dan kemudiannya dikembangkan oleh Talcott Parsons dalam kajian beliau berhubung dengan pencapaian sesebuah organisasi.
actoraktorKesenianDrama dan TeaterLelaki yang memainkan peranan sebagai pelakon dalam persembahan drama atau teater, sama ada sebagai pelakon utama, pelakon pembantu atau pelakon tambahan. Sinonimpelakon lelaki.
non-state actoraktor bukan negaraSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
actor’s traininglatihan aktorKesenianDrama dan TeaterProses latihan untuk membentuk pelakon supaya dapat menghidupkan watak dan perwatakannya agar bersesuaian dengan keperluan cerita. Sinonimlatihan pelakon.
12

Kembali ke atas