Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.trés] | اکتريس

Definisi : (aktrés) pelakon wanita yg membin­tangi sesuatu filem (televisyen, radio). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktres


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perbezaan antara perkataan “kecil” dan “cilik” ? Bolehkah tuan/puan menjelaskan? Adakah ayat yang saya menulis ini di bawah betul? Terima kasih. 1) Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 2) Kita perlu mencilikkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 3)Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat diperkecil. 4) Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat dipercilik. 5) Api pelita akan mengecil apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 6) Api pelita akan mencilik apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 7) Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. 8) Abu semakin terasa kecilikan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan.

Perkataan “cilik” dan “kecil” membawa maksud yang sama, iaitu masih rendah umurnya atau masih kanak-kanak. Walau bagaimanapun, perkataan “cilik” dan “kecil” perlu digunakan mengikut kesesuaian ayat dan konteks penggunaan.

 

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan.

2. Peranan kerajaan dan akhbar tidak dapat diperkecil.

3. Api pelita akan mengecil apabila sumbu dimasukkan sedikit ke dalam pelita.

4. Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan.

 

Contoh lain penggunaan perkataan “cilik” dan “kecil” dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Aktres cilik yang baru berusia 16 tahun ini menjadi rebutan kerana bakat semula jadinya itu.

2. Rumah kecil itu milik saya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 436 dan 997 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/

Tatabahasa19.01.2024

Kembali ke atas