Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kua.kul.tur] | اکواکولتور

Definisi : penternakan atau pemeliharaan hidup-hidupan laut (baik haiwan mahupun tumbuhan) utk menjadi makanan manusia: memberi tumpuan kpd pembangunan ~ spt ternakan kerang (ikan dlm sangkar, udang dlm kolam dan kepah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akuakultur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan 'Ternakan', 'Penternakan', 'Asuhan' dan 'Pengasuhan'. 1. Dalam contoh ayat berikut, apakah penggunaan yang betul, 'Ternakan' atau 'Penternakan'? Udang galah merupakan komoditi akuakultur yang mempunyai potensi pasaran yang besar. Namun, industri ternakan/penternakan udang galah menghadapi masalah bekalan benih yang berkualiti yang sesuai untuk diternak. 2. Dalam contoh ayat berikut, apakah penggunaan yang betul, 'Asuhan' atau 'Pengasuhan'? Terdapat juga pengusaha yang menjalankan aktiviti asuhan/pengasuhan benih di dalam tangki simen, tangki plastik, tangki polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan lain-lain lagi. Sekian, terima kasih.Perkataan yang betul untuk contoh ayat yang diberikan ialah “penternakan” dan “pengasuhan”.

Tatabahasa21.04.2022
Apakah perkataan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris ini iaitu grow out? Contoh: Ikan ketutu (Oxyeleotris marmorata) merupakan spesies ikan air tawar yang kurang mendapat perhatian penternak dalam menjalankan projek akuakultur sama ada melalui pengeluaran benih atau grow out.Kami mencadangkan perkataan "pembesaran secara semula jadi" sebagai padanan untuk "grow out" mengikut konsep dan konteks ayat yang diberikan.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2020

Kembali ke atas