Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kuan] | اکوان

Definisi : Br, Sr mengaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kuan] | اکوان

Definisi : 1. segala sesuatu yg diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yg menolong pa­wang); orang ~ orang yg dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yg mujarab ubat atau man­teranya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kuan] | اکوان

Definisi : segala sesuatu yg diakui: ~nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA INGIN TAHU APAKAH PERBEZAAN ANTARA SURAT AKUAN DENGAN SIJIL. DARI SEGI DEFINISI SAYA TELAH RUJUK KEPADA KAMUS DEWAN. TAPI SAYA INGIN TAHU LEBIH LANJUT PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUANYA DARI SEGI PENGGUNAAN DAN MANAKAH YANG LEBIH BESAR PENGARUHNYA.TERIMA KASIH.

Puan Norazmina,

Makna sijil ialah surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll; surat akuan dr sekolah dll: ~ Pelajaran Malaysia. persijilan hal atau urusan berkaitan sijil: bahagian ~. pensijilan pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan: ~ itu membuktikan bahawa barangan yg dikeluarkan ber­kualiti.

Makna surat akuan ialah surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb).

Daripada definisi kedua-dua perkataan ini, surat akuan merupakan sesuatu yang umum, manakala sijil merupakan salah satu bentuk surat akuan. Penggunaan dan pengaruhnya sama besar bergantung pada tujuan dokumen ini digunakan. 

Makna26.05.2010
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuanAyat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan.

"Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan."

Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pa­wang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau man­teranya);

Tatabahasa14.06.2013
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya, saya mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang terjemahan, bagaimana cara untuk memperakui (certify) terjemahan yang telah dilakukan untuk klien, terutamanya untuk terjemahan sijil, surat akuan, pengisytiharan dan yang seumpama dengannya? Adakah proses akuan sah ini hanya boleh dilakukan oleh Notari Awam dan Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik khas oleh pihak Mahkamah? Jika soalan ini tidak dapat dijawab, siapa yang boleh saya hubungi untuk bertanya dengan lebih lanjut berkenaannya? Terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain04.07.2019
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon khidmat nasihat tuan / puan, yang manakah penggunaan ayat yang tepat: 1. Borang Akuan Sijil Cuti Sakit; atau 2. Borang Perakuan Sijil Cuti Sakit. Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud akuan ialah segala sesuatu yang diakui manakala perakuan bermaksud hasil atau hal memperakukan. Maka ayat yang betul ialah Borang Perakuan Sijil Cuti Sakit
Tatabahasa21.02.2019
Saya ingin bertanya penggunaan "Saya yang menjalankan tugas" dalam surat rasmi pada bahagian akuan diri sebelum tandatangan. Menurut seorang Munsyi Dewan semasa saya berkursus penulisan surat rasmi beliau menjelaskan "Saya yang menjalankan tugas" hanya digunakan oleb Ketua Setiausaha Negara sahaja. Namun kemunsyikilan saya dalam buku teks kelas Peralihan terdapat satu surat rasmi yang tulis oleh murid menggunakan "Saya yang menjalankan tugas". Mohon pihak tuan dapat memberi penjelasan tentang perkara ini supaya saya tidak mengajar perkara yang salah pada murid-murid saya. Terima kasih.Lazimnya penggunaan rasmi dalam kalangan penjawat awam ialah "Saya Yang Menurut Perintah". Walau bagaimanapun frasa "Saya Yang Menjalankan Tugas" banyak digunakan dalam buku/edaran tentang penulisan surat rasmi. Oleh hal yang demikian, jika ada organisasi yang menggunakan frasa tersebut dalam surat, bukanlah suatu kesalahan.Tatabahasa19.09.2015
saya nk bertanya,boleh anda jelaskan tentang "kepercayaan dalam pekerjaan beserta contoh".Kepercayaan: 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Makna11.11.2009
Apakah boleh dikirimkan e-book (karyanet) Di Masjid Nabawi Kau Menanti untuk simpanan penulis dan cenderamata sebanyak 20 naskah. Minta dimaklumkan bayaran dan diberitahu no. akuan bank supaya dapat dibuat bayaran melalui on-line banking. Sehingga kini saya masih gagal untuk memperolehi naskah e-book tersebut kerana laman karyanet telah ditutup. Kalau ada buku tersebut dalam bentuk hardcopy, alangkah baiknya. Minta alamatkan kepada: Baharudin bin. A. Manan, MRSM Kota Putra, jalan Bukit Keluang, 22200 BESUT, Terengganu.Bekalan untuk terbitan bercetak buku tersebut masih ada dalam simpanan kami. Tindakan segera akan dilakukan dan Sdr boleh berhubung dengan Ketua Editor Bahagian Multimedia (Amran@dbp.gov.my, atau telefon 0122440569)Lain-lain23.02.2011
1) Adakah penggunaan kata pemeri selepas "yang" dalam klausa relatif seperti yang berikut gramatis? a) Orang yang adalah pandai itu sedang membaca buku. b) Orang yang ialah pensyarah itu sedang membaca buku. 2) Adakah "merupakan" sejenis kata pemeri ataupun kata kerja? 3) Jika ia ialah kata pemeri, adakah binaan yang berikut gramatis? a) Dia yang merupakan pensyarah itu sedang membaca buku. 4) Kata pemeri yang manakah digunakan sebelum "bahawa", "yang" dan "untuk" dalam binaan yang berikut? a) Akuan beliau (ialah/adalah) yang ini. b) Akuan beliau (ialah/adalah) bahawa beliau bersalah. c) Akuan beliau (ialah/adalah) untuk orang ramai mengetahui. 5) Bolehkah "yang" digunakan dalam binaan yang berikut sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti "bahawa" dan "untuk"? a) Beliau mengakui yang beliau bersalah.1. "Yang" ialah kata hubung relative dan penggunaannya dalam ayat tersebut tidak gramatis. Kata pemeri "ialah" dan "adalah", dan bukan kata lain seperti yang atau merupakan.
2. "Merupakan " ialah Kata kerja, dan binaan ayat tersebut tidak gramatis.
4. Ayat tersebut tidak gramatis dan boleh diubah menjadi: Beliau memperakukan perkara ini, Dia mengaku bersalah,  dan ayat ketiga tidak jelas maksudnya, kami menganggap ayat tersebut sama seperti ayat pertama. 
5. Ayat yang betul, Dia mengaku bersalah. Beliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang dihormati, dan pesalah bukanlah orang yang dihormati. Untuk membina ayat menggunakan kata hubung "bahawa" dan "yang", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa01.12.2014
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pandangan tuan / puan, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk "Acknowledge" sijil cuti sakit? Adakah "Diperakukan"? Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terim kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Bahasa Inggeris maksud acknowledge ialah memberitahu, memaklumi atau akuan. Maka terjemahan yang lebih sesuai ialah Akuan Sijil Cuti Sakit.
Makna21.02.2019
Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaanMerujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Makna18.08.2010
12

Kembali ke atas