Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kua.tin] | اکواتيک

Definisi : (Bio) bkn sesuatu yg tumbuh atau hidup di dlm atau di atas air: tumbuhan ~ merupakan tumbuhan yg hidup dan mem­biak dlm air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kua.tin] | اکواتيک

Definisi : ist bkn sesuatu yg tumbuh atau hidup di dlm atau di atas air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akuatik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ejaan tepat bagi perkataan berikut: Semiakuatik / Semi akuatikCadangan padanan perkataan yang sesuai ialah separa akuatik.Lain-lain18.11.2021
Mengapa daftar kata AKUARIUM disebut AKUATIK dalam daftar Rumi-Jawi (Beta)? Bukankah A.KUA.RIUM?Terima kasih atas makluman yang diberikan. Kenyataan puan adalah betul a.kua.rium.Tatabahasa03.05.2017
salam, apakah terjemahan bagi haiwan akuatik 'water strider'? Adakah kumbang air? Terima kasih.

Nama lain water strider ialah pond skater.  Dalam buku istilah DBP maksud pond skater ialah "ayak-ayak".  Walau bagaimanapun dalam Ensiklopedia DBP maksud kumbang air: 

KUMBANG AIR

Kumbang air ialah nama yang diberi kepada

banyak famili kumbang yang hidup dalam air.

Kumbang air biasa ialah whirligig, kumbang selam

pemangsa, dan kumbang air raksasa pebangkai.

Sesetengah serangga ini hidup sepanjang

hayatnya dalam air. Yang lain hidup dalam air atau

berhampiran dengan air hanya pada peringkat

larva.

Penyemakan dan penterjemahan23.09.2014
Salam Sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah "Lifeguard"? Adakah "Penyelamat Renang" boleh digunakan atau "Penyelamat Akuatik" lebih sesuai?Dalam data rujukan kami, lifeguard diterjemahkan sebagai penyelamat.Penyemakan dan penterjemahan09.02.2018
saya ingin semak perkataan untuk papan tanda iklan untuk kolej baru kami. RICHWORK BUSINESS COLLEGE AZIZAN OSMAN EDUCATION GROUP SDN BHD LOT 1034, BLOCK 3, NO 5,6,7, PRESINT ALAMI, PERSIARAN AKUATIK, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Untuk pengesahan iklan, puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx

Lain-lain29.07.2015
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah,adakah ayat ini merangkumi beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata? Sekiranya berjaya, masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya sungai yang bersih dan bakal menarik kehadiran pelancong asing dalam menikmati keindahan sungai di samping melihat hidupan akuatik dengan kejernihan air sungai yang dimiliki. Intihannya, pengurusan secara langsung daripada pihak yang berkuasa dan mampu akan memastikan impian dalam memastikan setiap sungai di dalam negara mencapai tahap kebersihan yang diidamkan tercapai pada suatu masa kelak.

Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari segi tatabahasa

2. Tanda baca

3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat

4. Pemilihan perkataan yang tidak betul

Tatabahasa07.08.2021

Kembali ke atas