Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kua.tin] | اکواتيک

Definisi : (Bio) bkn sesuatu yg tumbuh atau hidup di dlm atau di atas air: tumbuhan ~ merupakan tumbuhan yg hidup dan mem­biak dlm air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kua.tin] | اکواتيک

Definisi : ist bkn sesuatu yg tumbuh atau hidup di dlm atau di atas air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akuatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aquatic resourcessumber akuatikPerikananTiadaSemua jenis flora dan fauna yang terdapat dalam persekitaran berair, yang menjadikan ekosistem akuatik seperti sungai, tasik, laut dan muara sebagai habitatnya. Contoh sumber akuatik ialah ikan, sotong, ketam, siput, tiram dan rumpai laut.
aquatic planttumbuhan akuatikPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam air tawar atau di kawasan berair. Tumbuhan akuatik terbahagi kepada tiga kategori, iaitu tumbuhan timbul, tenggelam dan terapung. Contoh tumbuhan akuatik ialah teratai, telipuk dan kiambang.
aquatic agriculturepertanian akuatikBiologiEkologiPengurusan ternakan akuatik secara semula jadi dan buatan untuk menambahkan penghasilan pendapatan, misalnya penternakan ikan dan tiram di dalam air tawar atau laut.
domesticationdomestikasiPerikananAkuakulturPemindahan ternakan haiwan akuatik dari habitat liar ke sistem ternakan yang terkawal. Haiwan akuatik tersebut dipelihara supaya boleh hidup dalam keadaan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utama domestikasi adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan akuakultur. Contohnya, ikan siakap atau udang harimau dari perairan semula jadi yang dipindahkan untuk diternak di dalam tangki atau kolam.
aquatic basketbakul tanaman akuatikLandskapTiadaBakul yang diperbuat daripada rotan , logam atau plastik yang diisi dengan tanah dan digunakan untuk menanam tumbuhan akuatik seperti yang digunakan dalam kolam atau tasik.
zooplanktonzooplanktonKejuruteraanTiadaHaiwan kecil biasanya mikroskopik, dalam persekitaran akuatik yang bergerak mengikut arus air dan menjadi sumber makanan haiwan akuatik.
aquaponicakuaponikPertanianAgroteknologiKaedah pertanian yang menggabungkan kaedah akuakultur dan hidroponik. Ia merupakan satu sistem kesepaduan kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantung antara satu sama lain bagi menghasilkan produk pertanian yang segar dan berkualiti tinggi. Melalui kaedah ini, hidupan akuatik seperti ikan dan udang diternak di dalam tangki atau akuarium, yang airnya akan digunakan untuk keperluan tanaman seperti sayur-sayuran yang ditanam secara hidroponik. Air sisa perkumuhan daripada ikan atau udang tersebut dapat menjadi sumber nutrien yang tinggi khasiatnya bagi tanaman berkenaan. Selepas itu, air yang telah bersih hasil daripada penyerapan sisa perkumuhan oleh tanaman tersebut, dikitar semula masuk ke dalam tangki bagi keperluan hidupan akuatik berkenaan. Sinonim agropisikultur, pisiponik.
aquaticakuatikBiologiUmumTiada
aquaticakuatikBiologiEkologi1. Berkaitan dengan sesuatu yang tumbuh atau hidup di dalam atau di atas air, misalnya anjing laut, dan ikan paus. 2. Berkaitan dengan spesies tumbuhan yang boleh hidup dalam air tawar, misalnya teratai,. Nymphaea stellata atau dalam air laut, misalnya, rumput laut Anhalus sp.
aquatic breathingpernafasan akuatikSukanTiadaKemahiran menahan nafas semasa posisi kepala diangkat seketika ataupun, ketika seluruh kepala di bawah permukaan air.
123456789

Kembali ke atas