Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akui


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya hendak menghantar suatu surat kepada Majlis Peguam untuk mendapatkan tandatangan dari pihak mereka sebagai bukti penerimaan. Dalam surat tersebut, saya menulis "Sila akui penerimaan dengan menandatangani salinan surat ini." Adakah ayat itu betul, terutamanya frasa "sila akui penerimaan"? Terima kasih.Ayat "Sila akui penerimaan dengan menandatangani salinan surat ini"  betul.Lain-lain24.01.2019
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuanAyat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan.

"Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan."

Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pa­wang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau man­teranya);

Tatabahasa14.06.2013
Assalam. Manakah yang betul - "Saya AKUI / PERAKUI karya ini adalah hasil kerja saya sendiri" Terima kasihAyat yang betul ialah Saya memperakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri.Tatabahasa01.06.2016
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'husband material' berdasarkan ayat ini? Contoh: Dia akui. Suaminya merupakan seorang 'husband material' yang sanggup berkorban dan membahagiakan dia sebagai isteri.Terjemahan dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan husband material ialah suami budiman, suami yang baik atau suami idaman.Makna02.02.2022
Sebagai seorang guru bahasa, saya dapati sebilangan besar pelajar kini kurang menguasai peribahasa dan gagal memanfaatkan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan. Saya berharap agar pihak tuan dapat menunjukkan beberapa contoh terbaik tentang cara memanfaatkan peribahasa dalam penulisan.Encik Mohamad Tawpik, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. saya akui sejak akhir-akhir ini penggunaan peribahasa baik dalam penulisan atau penggunaan seharian dalam kalangan pelajar memang merisaukan kita, kerana seolah-olah mereka tidak terdedah dengan apa sebenarnya peribahasa dan bila dan masa yang sesuai digunakan. Untuk memberikan contoh rasanya saya tidak dapat berikan. Yang boleh saya cadangkan,kerana kami terpaksa menjawab soalan ini dalam tempoh 24 jam, cuba dapatkan buku tentang peribahasa dan ambil satu dua daripadanya untuk dijadikan tajuk perbincagan dan seterusnya dijadikan sebagai tajuk penulisan. Terima kasih.Tatabahasa21.02.2009
Mengapakah terdapat perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa yang dianggap tidak boleh digunakan ataupun menyalahi hukum Tatabahasa sedangkan perkataan tersebut dicetak dalam Kamus Dewan? Contoh: memperbaiki (memper + KA............ maka tidak boleh mempunyai apa-apa imbuhan di belakang pun)..sedangkan dalam Kamus Dewan wujudnya perkataan tersebut. Banyak lagi...contoh "memperluaskan"....??? Diharap boleh mendapat penjelasanKami akui terdapat beberapa ayat contoh bagi beberapa entri dalam Kamus Dewan menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana ayat contoh tersebut diambil daripada sistem data korpus dan data tersebut adalah dalam bentuk asli, iaitu sama seperti teks asal.Lain-lain31.10.2011
Kenapa ada akhbar harian berbahasa Melayu masih menggunakan perkataan yang dieja salah seperti atlit (sepatutnya atlet ), bowling ( boling), stokin ( stoking ) dan lain-lain ? Para wartawan juga kerap menggunakan perkataan 'dan' pada awal ayat. Apakah komen dan tindakan DBP dalam hal ini?Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan terhadap penerbitan akhbar-akhbar dan majalah-majalah dan kami akui masih terdapat kesilapan baik dari segi ejaan ataupun tatabahasa dalam artikel sesetengah penerbitan. DBP telah mengeluarkan surat teguran kepada pihak penerbitan yang berkenaan.Lain-lain29.11.2009
apkah buku yang sesuai atau mempunyai ejaan atau tentang bahasa melayu klasik dan kuno bagi bacaan pelajar tingkatan enam? apabila saya membaca surat khabar atau majalah tentang isu semasa saya dapati terdapt banyak kesalahan ejaan.apakah itu pendapat saya sendiri atau memng terdapatnya kesalahan itu di dalam bahan bacaan harian kita?Buku tentang bahasa Melayu klasik seperti Sejarah Melayu. Memang kami akui sering terdapat kesalahan ejaan dalam media cetak di negara kita. Terima kasih atas keprihatinan saudara. Lain-lain30.09.2008
Sila pihak tuan semak ayat-ayat surat ini, sesuai atau tidak? Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut diatas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan yang selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang ditunjukkan didalam Borang C T/T 2011, syarikat ini adalah dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas campur Penambahan cukai dibawah Sec. 107C(10) syarikat pelanggan kami kena membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Oleh kerana memandangkan keadaan ekonomi yang amat tidak baik, ini mengakibatkan syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaranya dengan sekaligus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikatnya untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara berikut : - Dan bersama-sama surat ini pelanggan kami ingin melampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila pihak tuan akui resit kepada pelanggan kami setelah cek telah laku. Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan, Terima kasih.Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut di atas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan selanjutnya.
Untuk makluman tuan, sepertimana yang tertera di dalam Borang C T/T 2011, syarikat ini dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas dicampur penambahan cukai di bawah Sek. 107C (10) syarikat pelanggan kami dikehendaki membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaran dengan sekali gus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikat  untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara yang berikut: ... Dan bersama-sama ini kami lampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila keluarkan resit kepada pelanggan kami setelah cek tersebut ditunaikan.
Tatabahasa16.08.2012

Kembali ke atas