Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kul.tu.ra.si] | اکولتوراسي

Definisi : penyerapan unsur-unsur kebudaya­an drpd suatu budaya kpd budaya lain: selagi satu kebudayaan bertembung dgn satu ke­budayaan yg lain, selagi itulah proses ~ dan asimilasi akan berlaku; mengakulturasi menyerapkan unsur-unsur kebudayaan drpd sesuatu budaya kpd budaya lain: TV berperanan ~ penonton-penonton­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akulturasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acculturationakulturasiGeografiTiadaTiada
acculturationakulturasiPerubatanTiadaTiada
acculturationakulturasiSosiologiTiadaTiada
acculturationakulturasiPsikologiTiadaTiada
acculturationakulturasiMuzikTiada

Proses penyerapan dan penyesuaian budaya yang berlaku apabila dua kebudayaan yang berbeza bertembung. Proses ini akan melahirkan kebudayaan yang baru seperti kebudaya­an Baba dan Nyonya hasil percantuman ciri Melayu dan Cina.

literary disseminationpenyebaran sasteraKesusasteraanTiadaPemindahan bentuk sastera dari satu lapangan budaya dan geografi ke lapangan budaya dan geografi yang lain. Pemindahan sastera juga berlaku dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pemindahan sastera biasanya berlaku secara lisan dalam tempoh yang lama. Justeru, bentuk sastera ini akan mengalami perubahan, iaitu interpolasi, pembudayaan, iaitu akulturasi, dan pengubahsuaian, iaitu adaptasi. Proses pemindahan ini menyebabkan muncul pelbagai versi teks. Minat terhadap pemindahan sastera juga menyebabkan wujudnya pelbagai kajian yang tertumpu pada pencarian versi asal teks, iaitu prototaip, arketaip serta asal usul sesebuah teks. Pendekatan yang cenderung ke arah pemindahan sastera ialah kajian filologi, kesusasteraan bandingan, serta kaedah sejarah-geografi dalam kajian budaya rakyat.

Kembali ke atas