Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ku.punk.tur] | اکوڤونکتور

Definisi : suatu kaedah perubatan (yg berasal drpd suatu amalan perubatan di negeri China) utk menyembuhkan penyakit dgn cara mencucuk tempat-tempat tertentu pd kulit dgn hujung jarum: seorang pesakit sedang menjalani rawatan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ku.punk.tur] | اکوڤونکتور

Definisi : kaedah perubatan (yg berasal drpd suatu amalan perubatan di negara China) utk menyembuhkan penyakit dgn cara mencucuk tempat-tempat tertentu pd kulit dgn hujung jarum: Rawatan ~ merupakan rawatan yg popular di tempat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akupunktur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKUPUNKTUR

Akupunktur ialah kaedah rawatan tradisional

Cina purba untuk melegakan kesakitan dan

mengubati beberapa jenis penyakit dengan cara

mencucuk jarum ke beberapa bahagian badan.

Mengikut falsafah Cina, penyakit dan kesakitan

terjadi akibat ketidakimbangan antara dua kuasa

semula jadi utama yang dikenali yin dan yang .

Orang Cina percaya akupunktur mengembalikan

imbangan ini.

UMUM 
ANESTESIA

Anestesia ialah hilang deria rasa – terutama rasa

sakit, di seluruh badan atau sebahagian badan.

Ubat yang dinamakan anestetik digunakan bagi

menghasilkan anestesia sementara untuk tujuan

perubatan. Anestesia juga dihasilkan melalui

hipnosis dan akupunktur – cucukan jarum di

tempat tertentu pada badan. Sesetengah

kecederaan dan penyakit, terutamanya pada

sistem saraf, boleh menyebabkan kehilangan

deria rasa.

UMUM 

Kembali ke atas