Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ku.punk.tur] | اکوڤونکتور

Definisi : suatu kaedah perubatan (yg berasal drpd suatu amalan perubatan di negeri China) utk menyembuhkan penyakit dgn cara mencucuk tempat-tempat tertentu pd kulit dgn hujung jarum: seorang pesakit sedang menjalani rawatan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ku.punk.tur] | اکوڤونکتور

Definisi : kaedah perubatan (yg berasal drpd suatu amalan perubatan di negara China) utk menyembuhkan penyakit dgn cara mencucuk tempat-tempat tertentu pd kulit dgn hujung jarum: Rawatan ~ merupakan rawatan yg popular di tempat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akupunktur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acupunctureakupunkturPerubatanTiadaKaedah pengubatan dengan mencucuk jarum-jarum ke dalam kulit atau tisu untuk melegakan kesakitan
acupunctureakupunkturPerubatanTiadaKaedah perubatan alternatif yang menggunakan cucukan jarum halus pada titik tertentu di permukaan badan. Kaedah ini dilakukan untuk mengubati penyakit atau menghilangkan nyeri.
acupuncturistahli akupunkturPerubatanTiadaTiada
acupuncture clinicklinik akupunkturPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
alternative therapyterapi alternatifPerubatanTiadaTerapi melalui teknik alternatif seperti osteopati atau akupunktur
alternative therapyterapi alternatifKejururawatanTiadaRawatan yang menggantikan rawatan perubatan berasaskan sains. Contohnya, homeopati, akupunktur dan refleksologi.
Chinese traditional medicinal systemsistem perubatan tradisional CinaHerbaFitokimiaSistem penjagaan kesihatan secara tradisional yang berasaskan teori yang menegaskan bahawa semua proses dalam tubuh manusia adalah saling berkait dan sentiasa berinteraksi dengan alam persekitaran. Sistem ini berasal dari negara China tetapi telah tersebar dan diguna pakai di Asia Timur, termasuklah Jepun dan Korea. Sistem ini menggunakan kaedah rawatan seperti pengambilan ubatan herba, akupunktur dan pengurutan. Contoh ubatan Cina ialah ginseng yang dipercayai berkhasiat untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan.
sensory gatingpengegetan deriaPsikologiPsikologi UmumProses yang menyekat impuls tertentu dan mengizinkan impuls yang lain memasuki otak. Contohnya, dalam pengegetan deria sakit dalam batang spinal, Melzack dan Wall (1996) mendapati satu deria sakit akan menghapuskan atau menghalang deria sakit yang lain daripada memasuki atau dipanjangkan ke otak. Menurut teori kawalan pengegetan, mesej sakit daripada pelbagai gentian saraf akan melalui �get� saraf yang sama dalam batang spinal. Jika �get� ini ditutup oleh satu mesej sakit, mesej lain tidak akan dapat melepasinya. Contohnya, dalam kaedah lawan keradangan seperti yang dilakukan dalam rawatan akupunktur, badan yang ditusuk dengan jarum halus, sama ada dipanaskan atau dialirkan arus elektrik menyebabkan kesakitan kecil yang timbul akan menyekat kesakitan yang lebih teruk dengan cara menutup pintu saraf.

Kembali ke atas