Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kur] | اکور

Definisi : (ber)setuju, menerima (sesuatu ke­dudukan dsb): saya tidak ~ engkau kahwin seorang lagi; mengakuri menyetujui, menerima: teorinya diakuri segenap ahli penyelidik; “Keimen Baunka Shidosa” harus menyuguhi dan ~ kehendak-kehendak Jepun; mengakurkan 1. mencocokkan, menye­suai­kan; 2. mendamaikan (orang bertengkar dll); keakuran persetujuan, persesuaian, kecoco­kan: saling mengerti dan ~ diperlukan dlm satu pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kur] | اکور

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga tanjung, akar perah, jelur kait, Illigera appendiculata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kur] | اکور

Definisi : setuju; sependapat: Kadang-kadang dia tidak ~ dgn pendapat kawannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Malaysia. Apakah kata sendi nama yang sesuai digunakan bersama-sama kata kerja tak transitif 'akur'? Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kata sendi nama yang digunakan bersama-sama kata kerja tersebut. Akur dengan? Akur kepada? Akur pada? Akur terhadap? Sila leraikan kemusyikilan bahasa ini. Sekian.Kata sendi nama yang sesuai dengan perkataan akur ialah
1. kepada
2. dengan
Tatabahasa17.02.2014
Beberapa hari selepas pengumuman yang telah dibuat oleh beberapa syarikat gergasi telekomuniasi di Malaysia untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 6 peratus kepada pengguna pra bayar akhirnya mereka akur.Beberapa hari selepas pengumuman yang dibuat oleh beberapa syarikat gergasi telekomuniasi di Malaysia untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 6 peratus kepada pengguna prabayar, akhirnya mereka akur. - ayat ini tidak lengkap dan tidak dapat difahami, contohnya frasa "akhirnya mereka akur" akur dengan apa?Tatabahasa15.09.2011
Tuan, setahu saya hanya ada aku janji. Wujudkah akur janji? Jika kedua-duanya wujud, apakah perbezaannya? Terima kasih.Perkataan aku janji ialah padanan undertaking dalam bahasa Melayu yang lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran, manakala perkataan akur janji boleh digunakan dalam konteks umum yang bermaksud setuju berjanji.Istilah27.03.2012
Assalamualaikum. Saya mohon penjelasan berkaitan penggunaan tanda baca mengikut ayat di bawah: Dia akur akan keperluan lesen perniagaan. Dia sendiri beberapa kali memohon. Namun jawapan yang diterima-permohonan ditolak. Soalan saya, adakah tanda baca - dalam ayat di atas betul. Jika tidak, apakah tanda baca yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Terima kasih.
Penggunaan yang betul ialah Dia akur akan keperluan lesen perniagaan. Dia sendiri beberapa kali memohon. Namun jawapan yang diterima, permohonan ditolak. 
Tatabahasa14.05.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Yang manakah frasa yang tepat, "aku janji" atau "akur janji"? 2. Adakah boleh diterima sebutan akronim SASEM (baca; seisem) untuk Sains Sembrong? Atau tetap dibaca (sasem) sebagaimana yang dieja? Atau sebutan (seisem) itu tergolong dalam akronim sesedap sebutan? TERIMA KASIH.1. Jika merujuk frasa letter of undertaking, penggunaan yang betul ialah surat aku janji. Walau bagaimanapun frasa akur janji boleh dibentuk jika hendak merujuk kepada perbuatan setuju untuk berjanji. 
2. Dalam pangkalan data kami sasem ialah bahasa sukuan Melanau. Pada pandangan kami frasa Sains  Sembrong sewajarnya disebut dengan penuh bagi mengelakkan kekeliruan orang awam.
Tatabahasa09.07.2013
APAKAH PERKATAAN YANG SESUAI UNTUK MENUNJUKKAN PERBUATAN TIDAK AKUR DENGAN SESUATU ARAHAN? CTH: LAPORAN KETIDAKAKURAN/KETAKURAN ARAHAN PENGGUBALANLAPORAN KETIDAKAKURAN ARAHAN PENGGUBALANIstilah10.10.2014
Sila lihat lampiran. Terima kasih.Syabas, atas semangat tuan mendaulatkan bahasa Melayu. Kami akur dengan beberapa kenyataan saudara, dalam banyak perkara bahasa Melayu tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Banyak kesalahan bahasa yang kita temui dan yang paling menghiris hati tidak ada langsung penggunaan bahasa Melayu sedangkan penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain memenuhi ruang iklan tersebut. Banyak perkara lagi yang menyakitkan mata dan hati kerana seperti yang tuan nyatakan kesalahan/tida ada langsung penggunaan bahasa Melayu ada di mana-mana. Dalam hal ini DBP bertindak melalui undang-undang kecil dan garis panduan yang ada di PBT. DBP belum ada kuasa untuk menguatkuaskan akta yang berkaitan. DBP memantau dan kesalahan yang ditemui disalurkan kepada pihak yang berkaitan.Lain-lain18.06.2012
apakah maksud bumi dipijak langit dijunjungBumi dipijak langit dijunjung bermaksud di mana kita berada (tinggal, bermastautin atau hidup), kita hendaklah mematuhi dan  akur terhadap peraturan atau undang-undang / perlembagaan, taat setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan tempat  tersebut.Makna15.03.2008
kami menulis buku....dan kami mahu DBP menerbitkan buku kami.....maka bagaimana caranya? ....apakah syarat-syaratnya? .....bagaimana prosedurnya?Setiap buku yang diterbitkan oleh DBP perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu. Hanya yang sesuai, akur dengan dasar penerbitan DBP dan diluluskan oleh DBP akan diterbitkan. Bahan yang telah siap ditulis bolehlah dihantar kepada Pengarah Penerbitan DBP untuk dipertimbangkan penerbitannya.Lain-lain11.10.2008
Salam sejahtera. Soalannya, mengapa DBP masih belum memperoleh kuasa pelaksana undang-undang bagi kes pelanggaran Bahasa Kebangsaan? Seterusnya, mengapa DBP tidak memperjuangkan Sebutan Baku bagi tujuan formal, sebaliknya sebutan SJR pula yang diperjuang. Adakah ini bukan juga kehendak sebenar DBP namun terpaksa akur dengan langkah Kerajaan pada era tahun 2000 dahulu? Terima kasih.

Terima kasih atas komitmen tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Usaha memartabatkan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab semua pihak. Peranan untuk menegur dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, bukan sahaja tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka, pejuang bahasa, guru, penulis atau karyawan, malah meliputi semua kelompok masyarakat. Oleh itu, tuan merupakan sebahagian kelompok masyarakat yang berperanan membantu DBP dalam menjayakan misi dan visinya.


Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. Walau bagaimanapun, perancangan ke arah tersebut sedang diusahakan oleh DBP. 

Teruskanlah menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Lain-lain03.05.2023
12

Kembali ke atas