Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kut] | اکوستيک

Definisi : 1. kajian saintifik tentang bunyi; 2. (Fiz) bkn bunyi atau deria pendengaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kut] | اکوستيک

Definisi : ist (kajian saintifik) ttg bunyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akustik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan akustika dan lain-lain perkataan yang sama makna dengannyaDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan akustik yang bermaksud kajian saintifik tentang bunyi ATAU bkn bunyi atau deria pendengaranMakna17.11.2006
Apa terjemahan "acoustically treated room"?
Cadangan yang sesuai untuk terjemahan ini ialah "bilik akustik".  Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan ini bergantung pada konteks ayat.
Penyemakan dan penterjemahan21.09.2023
Apakah bidang-bidang fonetik?Mengikut buku Pengenalan Fonetik dan Fonologi, oleh Paitoon M. Chaiyanara terbitan DBP bidang fonetik dapat dipecahkan kepada dua cabang, iaitu fonetik fisiologi dan fonetik akustik.Tatabahasa05.09.2007
assalamualaikum... apakah konsep fonetik dan fonologiFonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia, iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Bidang fonetik yang mengkaji bunyi bahasa dapat dipecahkan kepada tiga, iaitu artikulatori, auditori, dan akustik. Fonologi ialah bidang yang mengkaji rumus-rumus atau peraturan sesuatu bahasa yang menentukan sebutan. Antara kajian fonologi termasuklah pemenggalan bunyi bahasa, pola dan kelas bunyi bahasa, variasi bunyi, proses fonologi, dan perubahan bunyi.Tatabahasa28.07.2018
perbezaan makrolinguistik dengan mikrolinguistik

Mikrolinguistik merupakan bidang teoretis dalam linguistik. Cabang ini dibagi menjadi dua iaitu umum dan untuk bahasa-(bahasa) tertentu. Yang bersifat umum meliputi teori-teori linguistik yang terdiri dari fonologi (sistem bunyi bahasa), struktur (morfologi ‘tata kata’ dan sintaksis ‘tata kalimat’), serta sistem makna (semantik). Selain itu, ada linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif. Bidang teoretis untuk bahasa-(bahasa) tertentu meliputi linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif.

Makrolinguistik dibagi menjadi dua kelompok. Kelompok pertama merupakan bidang interdisipliner dan kelompok kedua adalah bidang linguistik terapan. Cabang-cabang linguistik yang termasuk dalam bidang interdisipliner adalah sosiolinguistik, psikolinguistik, neurolinguistik, etnolinguistik, kriminolinguistik, fonetik (akustik dan auditoris), stilistika, filsafat bahasa, filologi (mempelajari bahasa, kebudayaan, pranata dan sejarah suatu bangsa melalui naskah-naskah lama), semiotika (ilmu tentang tanda), epigrafi (ilmu tentang tulisan kuno pada prasasti-prasasti), serta paleografi (penafsiran tulisan kuno). Kelompok bidang makrolinguistik kedua adalah bidang-bidang terapan, yaitu pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikografi (linguistik terapan yang mencakup metode dan teknik penyusunan kamus), fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, mekanolinguistik (linguistik komputasi, bidang linguistik terapan yang mencakup penggunaan linguistik untuk ilmu komputer dan usaha untuk membuat mesin penerjemahan; memanfaatkan komputer dalam penelitian bahasa).

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman berikut: 

http://prasastibahasa.com/?p=19.

cakrabuwana.files.wordpress.com/.../linguistik-klmpok-3-rombel-3.pdf

Makna22.10.2009

Kembali ke atas