Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi aluminium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar kata penentu (mendahului kata nama) yg bererti itu (terdapat pd perkataan spt almar­hum, alkisah, alhasil, albahri dan alalam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan AL-QURAN: Adakah al-Quran, Al-Quran, al-Qur'an atau Al-Qur'an. Ejaan AL-JAZARI: Adakah al-Jazari atau Al-Jazari? Terima kasih.Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari.Ejaan21.05.2013
Adakah penulisan (ejaan) nama khas Al Malik, Al Hassan, Al Munir, Al Amin dan Al Masih betul? Mohon penjelasan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah al-Malik, al-Hassan, al- Munir, al-Amin dan al-Masih.Ejaan22.08.2011
Manakah yang lebih tepat? Al-Azhar, al-Azhar, Al Azhar atau al azhar? Perkataan ini akan digunakan pada persatuan kami di Mesir iaitu PERUBATAN Cawangan Al-Azhar. PERUBATAN merupakan singkatan kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir yang mempunyai 7 Cawangan mengikut universiti antaranya Universiti Al-Azhar. Kami masih keliru tentang cara penulisan Al-Azhar itu sendiri. Sebagai contoh, Pelajar Al-Azhar/ Bumi Al-Azhar/, hakikatnya adakah penggunaan Al-Azhar itu menepati tatabahasa yang sebenarnya, mohon pencerahan, terima kasihPerkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Azhar.Tatabahasa11.04.2013
Manakah yg sesuai dari segi huruf besar ataupun huruf kecil untuk nama bagi facebook page. 1. Maktabah al-Talib al-Azhari 2. Maktabah Al-Talib Al-Azhari 3. MAKTABAHB AL-TALIB AZHARIEjaan yang betul ialah Maktabah al-Talib al-Azhari atau menggunakan huruf besar sepenuhnya MAKTABAH AL TALIB AL-AZHARI.Ejaan14.08.2022
ASSALAM... ADAKAH SEMUA EJAAN B. ARAB YANG BERMULA DENGAN PERKATAAN 'AL' MESTI MEMPUNYAI TANDA SEMPANG? CTH: AL-QURAN, AL-LUGHAH, AL-ARABIAH DSB? TERIMA KASIH.Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari.Ejaan26.12.2013
Bagaimanakah ejaan perkataan al-Quran yang sebenarnya? Al-Quran? al-Quran? Alquran? al Quran? Al Quran?al-QuranLain-lain27.10.2015
Salam. al-Quran atau Al-Quran?Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari.Ejaan02.09.2015
Panduan ejaan berkaitan dengan awalan `Al’. Apakah panduan yang tepat untuk menulis kata penentul `Al’ bagi beberapa kategori perkataan seperti: Al-Maunah atau Al Maunah atau Almaunah, Al-Hijrah atau Al Hijrah atau Alhijrah dsbnya.Perkataan Arab "al" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali dan sebagainya.Lain-lain18.12.2017
1. perkataan atau istilah "al-hilah al-syar'iyyah" ditulis secara condong ataupun seperti biasa? 2. adakah betul ejaan bagi perkataan "al-hilah al-syar'iyyah"? Perkataan "al-hilah al-syar'iyyah" ditulis secara condong kerana istilah tersebut dipinjam daripada bahasa asing (bahasa Arab) dan ejaannya betul.Istilah08.03.2018
Kalau ejaan nama surah menggunakan al-(huruf kecil) spt. al-Baqarah dll., bagaimana pula dengan pengunaan al-sebelum kata nama apakah perlu al . at as, atau Al-. At- As-... dalam situasi perkataan ini terletak di tengah-tengah ayat seperti apakah betul ditulis begini: 1. Riwayat hadis oleh at-Tarmizi (atau At-Tarmizi)? 2. Khalifah Umar al-Khattab (atau Umar Al-Khattab)? 3. Abu Bakar as-Sidiq (atau As-Sidiq atau Al-Sidiq)? 4. Abu Hasan Din al-Hafiz (Abu Hasan Din Al-Hafiz)? Jika ada sebarang teks panduan berkaitan ejaan ini boleh juga e-melkan kepada saya. Sekian, terima kasih.Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali.

Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Tatabahasa07.01.2014
12345678910...

Kembali ke atas