Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.qur.an] | القرءان

Definisi : kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk menjadi panduan hidup manusia (utk dunia dan akhirat): membaca dan menghafaz ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.qur.an] | القرءان

Definisi : kitab suci agama Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Quran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah ejaan perkataan al-Quran yang sebenarnya? Al-Quran? al-Quran? Alquran? al Quran? Al Quran?al-QuranLain-lain27.10.2015
Ejaan AL-QURAN: Adakah al-Quran, Al-Quran, al-Qur'an atau Al-Qur'an. Ejaan AL-JAZARI: Adakah al-Jazari atau Al-Jazari? Terima kasih.Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari.Ejaan21.05.2013
Untuk jilid al-Quran bercetak: Adakah ditulis "mashaf" atau "mushaf"? Merujuk PRPM, mashaf ialah jilid (naskhah) al-Quran yg bertulis tangan. Sedangkah "mushaf" tidak tercatat dalam PRPM. Perkataan "mushaf" banyak digunakan untuk merujuk kepada al-Quran bercetak. Contohnya: Mushaf Qiyam dan Mushaf al-Quran. Merujuk perkataan Arab, "mushaf" bermaksud al-Quran yang dijilidkan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Mashaf dan mushaf merujuk naskhah al-Quran yang bertulis tangan, namun Kamus Dewan merakamkan ejaan mashaf dalam entrinya. Maksud mashaf/mushaf betul jika dirujuk etimologi kata dan sejarah peradaban Islam kerana asalnya salinan al-Quran dalam bentuk tulisan tangan. Dalam konteks al-Quran yang ada mutakhir ini lazimnya ditulis nama al-Kitab itu semata, iaitu al-QuranTatabahasa27.04.2015
Salam. al-Quran atau Al-Quran?Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari.Ejaan02.09.2015
al-Quran atau Al-QuranEjaan yang betul ialah al-Quran.Ejaan10.07.2012
Tuan/Puan Saya ingin tahu mana ayat yang betul samada: kelas tafsir Al Quran atau kelas tafsiran Al Quran. TKKelas tafsiran al-Quran.   (Ejaan yang betul ialah al-Quran)Lain-lain11.11.2015
Adakah ayat " Inilah al-Quran" dan "Ayatnya tersusun rapi" boleh digabungkan? Jika boleh, manakah yang betul? "Inilah al-Quran yang ayatnya tersusun rapi" atau "Inilah al-Quran yang tersusun rapi ayatnya"?Inilah al-Quran yang ayatnya tersusun rapi.Tatabahasa21.04.2017
Saya ingin bertanya ejaan sebenar untuk al-quran dan as-sunnah. Bagaimana pula dengan nama-nama surah di dalam al-Quran? "Al"- atau "al-". Terima kasihEjaan yang betul ialah al-Quran dan al-Sunah.Ejaan13.06.2012
al-Quran- a Huruf kecil /besaral-Quran tapi kalau tajuk- Al-QuranEjaan23.06.2011
di dalam al-Quran atau dalam al-Quran.yang mana satu betul?Frasa yang tepat ialah 'dalam al-Quran'.Tatabahasa19.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas