Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kamus (kata nama)
Bersinonim dengan tesaurus, leksikon, glosari, daftar, ensiklopedia.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Quran atau al-Quran. Ayat: (1) Dia membeli sebuah Quran. (2) Dia membacakan ayat Quran sebagai dalil. (3) Dia menganggap saya sebagai Quran buruk. Yang manakah lebih tepat: Quran atau al-Quran?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua istilah ini boleh diterima pakai.

Istilah29.12.2009
Perkataan 'hafiz' terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud orang yang mengamalkan al-Quran. Adakah wujud istilah 'hafizah' bagi perempuan pula?Dalam Kamus Dewan, hafiz bermaksud orang yang memelihara dan mengekal­kan al-Quran dalam ingatannya. Tiada entri bagi hafizah, walau bagaimanapun telah difahami hafiz/hafizah (atau perkataan lain yang sama bentuk binaannya) mempunyai maksud yang sama, hanya berbeza gender.Makna14.10.2017
Maksud tajuk ' Integrasi Menurut Pandangan Islam'.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lainl.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Integrasi menurut Islam pula merujuk kepada penggabungan mengikut pandangan dan lunas-lunas Islam iaitu, Al-Quran, Sunah, Ijmak Ulama dan lain-lain.Makna11.10.2015
saya rohimah toanongo sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'Guru' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terimakasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat guru membawa maksud : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920.Makna22.09.2014
Mohon bantuan: yang mana betul "menghafaz" atau "menghafal" ? Mohon beri contoh penggunaan yang betul bagi kedua-dua kata tersebut. Terima kasihDalam Kamus Dewan, edisi keempat, menghafaz membawa maksud terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran).  Ayat contoh:  Waktu umurnya 10 tahun, dia sudah menghafaz al-Quran.

Menghafal pula bermaksud sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan.  Ayat contoh:  Setiap hari dia bertubi-tubi menghafal nama teknikal yang begitu rumit.
Makna25.07.2012
Apakah perbezaan "persejarahan" dan "pensejarahan". Saya mencari di PRPM tapi hanya "persejarahan" sahaja ada. Boleh pihak tuan terangkan imbuhan bagi kedua-dua kata tersebut?. Sekian, terima kasih.

Perkataan pensejarahan tiada dalam PRPM kerana kata yang dimasukkan ialah penyejarahan. Hal ini disebabkan kata dasar bagi kata ini bermula dengan huruf s iaitu sejarah. Huruf pertama dalam kata dasar luluh apabila bergabung dengan awalan peN- dan digantikan dengan bentuk sengau ny. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008: 109).

 

Takrif dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2005) adalah seperti yang berikut:

persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan persejarahan yg ditunjukkan oleh al-Quran;

penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm penyejarahan Melayu.

Lain-lain12.06.2021

Kembali ke atas