Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.han] | الهن

Definisi : 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.han] | الهن

Definisi : perihal alah, keadaan alah, alergi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.han] | الهن

Definisi : 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.han] | الهن

Definisi : keadaan alah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanyakan tentang terjemahan yang tepat untuk ayat "Allergy" dalam Bahasa Melayu. Adakah ia diterjemahkan sebagai "Alergi" atau "Alahan"? Terima KasihPadanan bahasa Melayu untuk "allergy" ialah alergi atau alahan.Istilah17.05.2016
Mohon pendapat: Orang yang tidak makan makanan berdaging dipanggil Vegetarian, apakah panggilan kepada orang yang alahan kepada sesuatu bahan/makanan? Adakah orang itu dipanggil Alergen? Mohon bantuan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Alergen ialah bahan protein atau bukan protein yg boleh menyebabkan alahanan. Istilah yang sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai masalah alahan adalah seperti berikut: Contoh Alahan Makanan Laut. Istilah28.04.2016
Please advise the malay translation for below: 1) Hypoallergenic 2) Remote control in hospitalPadanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:
1. hypoallergenic - hipoalergenik . Maksud perkataan ini dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah "tidak menimbulkan alahan".
2. remote control in hospital - kawalan jauh di hospital
Istilah19.03.2013
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih.1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim.

2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif.

3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi.
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2016
M Hafiz Ostmann THURS 07:34 M Hafiz Ostmann M Hafiz BAHASA JIWA BANGSA - Banyak sekali aku perhatikan orang yang mengaku rakyat Malaysia,lahir di Malaysia,memegang pasport Malaysia tapi langsung tak reti dan tak mahu langsung menggunakan bahasa kebangsaan.Mereka lebih suka berbicara dalam bahasa Inggeris atau bahasa kelompok mereka sendiri.Lidah mereka seakan mengalami alahan teruk sekiranya menggunakan bahasa kebangsaan.Bila nak belajar di Jerman bukan main lagi bersungguh belajar bahasa Jerman.Tetapi takkah mereka sedar bahawa mereka langsung tak mahu dan tak tahu bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan sedangkan mereka lahir,membesar dan cari makan di Malaysia?Malaysia ni bagi mereka apa agaknya?Jika beginilah sikap mereka maka ertinya sampai bila-bila pun takkan ada penyatuan. Bahasa ialah elemen perpaduan negara.Bahkan ia juga merupakan identiti kepada sesebuah negara.Namun jika fungsi bahasa itu sendiri sudah dikembirikan maka usah dimimpikan sebuah negara bangsa yang utuh.Dewasa kini boleh aku katakan pekerja asing dari Bangladesh,Nepal dan Myanmar mislalnya lebih berusaha untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan berbanding mereka yang memegang pasport Malaysia namun taksub kepada kelompok sesama mereka sendiri.Di mana bumi dipijak.Di situ langit di junjung.Kalau nak menurut biar berakal.Kalau nak mengikut biar pintar.Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Sewajarnya semua warganegara Malaysia mengamati dan menghormati Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan menterjemahkannya dalam kehidupan bernegara di bumi bertuah ini.Lain-lain29.09.2016

Kembali ke atas