Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.lai.kum] | عليکم

Definisi : Ar atasmu, padamu, bagimu; ~ assalam, assalamu~ damai atau kesejahteraan padamu (sekalian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alaikum

Puisi
 

Salam-salam wa alaikum salam,
     Sirih dilipat dengan di dalam;
Apa jua khabar bunga di kolam,
     Pucuk menelek akar di dalam.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammu'alaikum. Memohon pertukaran penterjemahan di dalam Bahasa Melayu bagi perkataan bahasa inggeris di bawah: Pertandingan Rekabentuk "From Waste to Wealth Innovation" Terima kasihCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Waste to Wealth Innovation ialah Inovasi Sisa ke Sumber.Penyemakan dan penterjemahan11.11.2022
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian adakah terjemahan yang betul untuk "the website is safe and secured" ialah "laman sesawang itu adalah selamat dan terlindung"? Terima kasih.

Kami mencadangkan terjemahan untuk "the website is safe and secured" ialah "laman sesawang itu selamat dan terjamin"

Lain-lain22.07.2022
Assalamua'alaikum. Mohon bantuan ejaan bagi slogan ini di dalam jawi sebagai pengesahan DBP Sustainability Through Diversity"sustainability through diversity"
سستينيبيلتي ثرو دايۏرسيتي
Lain-lain12.04.2022
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian apakah terjemahan yang tepat untuk "term sheet" (dokumen yang mengandungi terma pelaburan yang wajib dikemukakan oleh penerbit instrumen pelaburan tertentu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) - adakah "helaian terma" atau "kertas terma" atau ada terjemahan yang lain? Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan bagi perkataan "term sheet" ialah "perjanjian pelaburan tak terikat".Istilah17.03.2022
Assalamu'alaikum, boleh tolong sahkan ejaan bagi mata dalam sukan ragbi - adakah ia "try" atau "trai"? Kedua-dua ejaan ada dalam PRPM ini. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah trai.Ejaan25.02.2022
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "Dividend Equalisation" dan "Net Dividend Payable" sebagai "Penyamaan Dividen" dan "Dividen Bersih Dibayar"? Terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:



1. Dividend equalization: Penyamaan dividen

2. Net dividend payable: Dividen bersih belum bayar/boleh dibayar/perlu bayar

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Istilah19.02.2022
Assalamua'alaikum. mohon bantuan ejaan bagi nama syarikat ini di dalam jawi sebagai pengesahan DBP PKNP KPower Suria Sendirian BerhadEjaan Jawi bagi perkataan PKNP KPower Suria Sendirian Berhad ialah 

ڤي.کي.عين.ڤي. کي.ڤاور سوريا سنديرين برحد

Lain-lain15.02.2022
Assalamua'alaikum/Salam Sejahtera, Saya mempunyai dua pilihan bagi menterjemah "Total Pandemic Protection" iaitu: a) Perlindungan Penuh Pandemik b) Perlindungan Pandemik Penuh Saya ingin memohon nasihat Tuan/Puan mana satu daripada pilihan di atas yang lebih sesuai atau betul. Terima kasih.Kami mencadangkan Total Pandemic Protection diterjemahkan sebagai "Perlindungan Pandemik Menyeluruh", "Perlindungan Pandemik Total" atau "Perlindungan Pandemik Lengkap". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan21.01.2022
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah perkataan / frasa yang betul - "14 hari dari tarikh penyata" atau "14 hari daripada tarikh penyata"? Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah:  ... 14 hari dari tarikh penyata ...Tatabahasa27.09.2021
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah terjemahan yang betul untuk "...in exchange for lower potential return"? Adakah (a) "...sebagai pertukaran kepada potensi pulangan yang rendah"; atau (b) "...sebagai tukaran kepada potensi pulangan yang rendah"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "...in exchange for lower potential return" ialah "... sebagai pertukaran/tukaran untuk potensi pulangan yang rendah". Makna04.10.2021
12345678910...

Kembali ke atas