Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak ke­lihat­an (tempat orang mati hingga hari kia­mat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyem­bunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : ; mengalami merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dll), me­nang­gung: selama hampir tiga tahun yg lalu, kita telah ~ kesulitan ekonomi; pengalaman apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): orang itu telah banyak ~nya; berpengalaman mempunyai pengalaman (yg luas): penasihatnya ialah seorang yg ~; pegawai yg ~ dlm bidang pentadbiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : bendera, panji-panji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : bumi dan segala yg terdapat di permukaannya; segala yg ada di langit dan di bumi: Segala yg ada di ~ ini ciptaan Tuhan. ilmu ~ ilmu pengetahuan ttg keadaan alam (termasuklah keadaan bumi, iklim, penduduk dll); geografi. ~ akhirat alam selepas kehidupan di dunia. ~ baqa alam yg kekal yg bermula selepas amalan seseorang dihisab. ~ barzakh alam yg bermula dr kematian seseorang sehingga amalannya dihisab. ~ ghaib alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia. ~ sekitar keadaan alam sekeliling. ~ semesta seluruh alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : ; mengalami merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa: Ketika merantau dahulu, dia telah ~ berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran. pengalaman apa-apa yg pernah dialami: Beliau telah menceritakan ~nya di rantau orang kpd kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alam

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lah sesak alam tempat diam,
     tak berbumi tempat tegak.

Bermaksud :

Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
naturen 1. the physical world, usually the outdoors, alam (semula jadi): the beauties of N~, keindahan alam semula jadi; ~ lovers, pencinta alam; elements of ~, unsur alam; Wordsworth was a poet of ~, Wordsworth ialah seorang pensyair alam semula jadi; ~ worship, pemujaan alam; 2. power causing natural phenomena, [various translations]: procreation is ~’s way of ensuring that life goes on, pembiakan ialah cara alam memastikan bahawa kehidupan akan berterusan; to struggle against ~, bergelut dgn fenomena alam; the doctors have done what they can, we must leave the rest to ~, para doktor telah melakukan segala yg terdaya, biarlah keadaan menentukannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
naturaladj 1. of, connected with the external physical world, alam semula jadi: ~ scenery, pemandangan alam semula jadi; ~ landscape, landskap alam semula jadi; a ~ phenomenon, fenomena alam semula jadi; 2. not caused or produced by man, semula jadi: ~ vegetation, tumbuh-tumbuhan semula jadi; a ~ harbour, pelabuhan semula jadi; ~ antibodies, antibodi semula jadi; in its ~ state, dlm keadaan semula jadi; an animal’s ~ instincts, naluri semula jadi binatang; ~ sentiments, perasaan semula jadi; growth is a ~ process, pertumbuhan ialah proses semula jadi; die /a ~ death, from ~ causes/, mati biasa; 3. in accordance with individual nature, a. (of person) sifat semula jadi: she bore the ordeal with the patience that was ~ to her, dia menanggung pengalaman pahit itu dgn kesabaran yg merupakan sifat semula jadinya; b. (phys) tabii: ~ convection, olakan tabii; ~ oscillation, ayunan tabii;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
still life n painting or drawing of inanimate organic objects, /catan, lukisan/ alam benda; (attrib) alam benda: she has done a few ~s, dia telah membuat beberapa lukisan alam benda; a ~ painting, catan alam benda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
world7. kingdom, alam: the animal ~, alam haiwan; the plant ~, alam tumbuh-tumbuhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wonderlandn (lit. & fig.) alam ajaib: she gazed at the winter ~ from the window, dia merenung alam ajaib pd musim sejuk dr tingkap itu; the adventures of Alice in W~, kisah pengembaraan Alice di Alam Ajaib.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kingdom -comen (sl) alam baqa; gone to ~, kembali ke alam baqa; till ~, (sl) sampai kucing bertanduk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Creationn; the ~, a. (act) penciptaan alam; b. the universe, khalikah, alam semesta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beyondn; the ~, a. the unknown, alam ghaib; b. the hereafter, alam baqa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
environmentaladj 1. of, rel to the natural world, alam sekitar, persekitaran: ~ pollutants, bahan cemar alam sekitar; 2. of, caused by o’s surroundings, persekitaran: many ~ factors must be considered when dealing with these children, banyak faktor persekitaran yg mesti diambil kira apabila menghadapi kanak-kanak ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unsubstantial2. of no material existence, unreal, tdk wujud di alam nyata: an ~ shape moving through the fog, satu bentuk yg tdk wujud di alam nyata sedang bergerak dlm kabut itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas