Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak ke­lihat­an (tempat orang mati hingga hari kia­mat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyem­bunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : ; mengalami merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dll), me­nang­gung: selama hampir tiga tahun yg lalu, kita telah ~ kesulitan ekonomi; pengalaman apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): orang itu telah banyak ~nya; berpengalaman mempunyai pengalaman (yg luas): penasihatnya ialah seorang yg ~; pegawai yg ~ dlm bidang pentadbiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : bendera, panji-panji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : bumi dan segala yg terdapat di permukaannya; segala yg ada di langit dan di bumi: Segala yg ada di ~ ini ciptaan Tuhan. ilmu ~ ilmu pengetahuan ttg keadaan alam (termasuklah keadaan bumi, iklim, penduduk dll); geografi. ~ akhirat alam selepas kehidupan di dunia. ~ baqa alam yg kekal yg bermula selepas amalan seseorang dihisab. ~ barzakh alam yg bermula dr kematian seseorang sehingga amalannya dihisab. ~ ghaib alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia. ~ sekitar keadaan alam sekeliling. ~ semesta seluruh alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : ; mengalami merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa: Ketika merantau dahulu, dia telah ~ berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran. pengalaman apa-apa yg pernah dialami: Beliau telah menceritakan ~nya di rantau orang kpd kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alam

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lah sesak alam tempat diam,
     tak berbumi tempat tegak.

Bermaksud :

Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Guru-guru ilmu alam Alam ShahDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Alam kubur (alam barzakh) : digari dari al-Qur'an dan hadis Tiada1980 
Asas ilmu alam: ilmu alam bagi darjah IIISinaran BerhadTiada1963 
Meninjau alam barzakh dan alam akhiratPerniagaan JahabersaTiada2000983-007-064-8
Keadaan alam sekitarSahabat Alam MalaysiaTiada1981 
Anak Alam: pameran senirupa anak alam 1981Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1981 
Mengembara dari alam nyata ke alam ghaibToko WijayaTiada1973 
Pengajian di alam MelayuInstitut Alam dan Tamadun MelayuTiada20099789832457107
Pertarungan antara alam pikiran Islam dengan alam pikiran barat Tiada1965 
Sains dan teknologi Alam MelayuInstitut Alam dan Tamadun MelayuTiada2009978-983-2457-09-1
12345678910...

Kembali ke atas