Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjuk­kan: burung berkicau ~ hari nak siang; ~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah); alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; beralamat 1. mempunyai alamat, memberi­kan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap per­buatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat; mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1 butir-butir keterangan spt nama tempat, nama jalan, nombor rumah, poskod utk menunjukkan tempat tinggal seseorang: Dia sudah berpindah tetapi saya tidak tahu akan ~ barunya. 2 sesuatu yg menjadi tanda akan berlakunya sesuatu; tanda: Hari mendung ~ akan hujan. beralamat ada alamatnya: Surat ini belum ~. mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat. mengalamatkan 1 mengirim sesuatu menurut alamat; menujukan: Dia telah ~ surat itu kpd adiknya di kampung. 2 memberi tanda; menunjukkan: Fajar sidik ~ bahawa waktu subuh sudah masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alamat

Puisi
 

Sayang Encik Ahmad menikam Rahmat,
     Kembang melur kuntum melati;
Minta alamat syukur selamat,
     Di dalam telur lagi nanti.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jika terjamah benda bertuan,
     alamat nyawa akan melayang.

Bermaksud :

Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SILA BAGI TERJEMAHAN 'ALAMAT TETAP' DAN 'ALAMAT KORESPONDEN' YANG ADA DI DALAM KAMUS DEWAN BAHASA

alamat tetap - permanent address/fixed address

alamat koresponden - correspondence address

Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk correspondence address ialah alamat surat-menyurat bukan alamat koresponden.

Istilah31.01.2011
Salam sejahtera, Molehkah 'legal address' diterjemahkan sebagai 'alamat sah' atau 'alamat undang-undang'? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan bidang undang-undang/perundangan. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Cadangan terjamahan yang sesuai bagi legal address ialah alamat sah.Makna17.01.2018
Afif Abd RahmanView Profile THURS 15:29 Afif Abd Rahman Afif Assalamualaikum. Saya nak tanya, adakah maksud D/A di dalam satu alamat ialah "Di alamat" ? Saya ingin merujuk kepada contoh alamat ini: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, D/A Hospital Permai Lama, Jalan Persiaran Permai Bagaimanakah cara penggunaan D/A? Harap dapat membantu. Terima kasih.Wassalam, Tuan, singkatan tersebut merujuk "Di alamat". Sekiranya ditulis dalam penulisan, singkatan yang betul ialah "d.a." sama seperti "salinan kepada" s.k.Lain-lain03.11.2016
Assalamualaikum... Pertanyaan saya masih berkisar tentang surat kiriman rasmi yang enjadi pegangan atau amalan DBP. 1. Benarkah amalan meletakkan tanda baca pada alamat penerima dan alamat pengirim selepas tandatangan merupakan amalan lama dalam penulisan surat rasmi. Sekarang dikatakan tanda baca tidak perlu diketakkan pada setiap ayat alamat penerima dan pengirim. Amalan DBP bagaimana? 2. Tanda tiga titit (...) diletakkan jika ada lampiran. Adakah ini juga menjadi amalan DBP sebab ada pandangan mengatakan tanda tersebut sebagai penulisan gaya yang lama. Mohon penjelasan DBP. Terima kasihSalam,

1. Pertanyaan tuan kurang jelas. Akan tetapi, untuk makluman, tanda baca, iaitu tanda koma dan noktah masih digunakan dalam penulisan alamat. Tanda koma digunakan untuk mengasingkan antara no. rumah, no. jalan, nama jalan, daerah dan sebagainya. Manakala, titik diletakkan selepas negeri atau negara.

2. Berkenaan dengan tanda (...) bagi merujuk kepada lampiran yang disertakan, pihak DBP masih menggunakan amalan yang sama.
Tatabahasa20.11.2015
Salam, Saya ingin dapatkan maklumat berkenaan surat rasmi. Saya keliru mengenai format yang betul mengenai :- 1.nama dan alamat pengirim. Perlukah setiap alamat ada tanda koma di hujungnya? 2.yang mana perlu di Boldkan... poskod,negeri atau daerah? 3.Nama negeri ditulis huruf kecil atau huruf besar? 4.penggunaan singkatan bagi perkataan...bagaimana penggunaan yang sebenarnya?Dalam surat rasmi, nama dan alamat pengirim hendaklah diikuti dengan tanda baca koma dan diakhiri dengan noktah kerana ini merupakan satu ayat lengkap. Nama negeri hendaklah dibuat huruf tebal (Bold) tetapi ada gaya yang membuat huruf tebal bagi poskod dan daerah. Gaya ini bergantung pada ketetapan sesebuah institusi. nama negeri ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dibuat huruf tebal (sekiranya menggunakan gaya sedemikian). Penggunaan singkatan perkataan dalam surat rasmi tidak dibenarkan kecualai di bahagian Ruj.tuan dan Ruj. kami . Untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan penggunaan singkatan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Gaya Dewan Edisi Ketiga.Lain-lain25.02.2009
Saya tersilap menulis alamat rumah saya dengan salah. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah Saya salah menulis alamat rumah saya atau Saya tersilap menulis alamat rumah saya.Tatabahasa04.04.2022
Saya hendak bertanya alamat untuk menghantar borang jawatan kosongHantarkan permohonan sdr ke alamat seperti yang berikut: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. (u.p.: Pengurus Personel) Untuk makluman sdr, alamat tersebut ada dicetak di dalam iklan dan di sebelah belakang borang permohonan.Lain-lain06.09.2007
-SILA PERGI KE ALAMAT G12 UNTUK SEBARANG URUSAN SEMASA TEMPOH PENGUBAHSUAIAN? TUAN, AYAT DI ATAS INGIN MENUNJUKKAN KEPADA SSUATU ARAHAN.ADAKAH AYAT INI MUDAH DIFAHAMI??Ayat "SILA PERGI KE ALAMAT G12"  tidak jelas. Adakah G12 merupakan alamat atau nombor lot kedai atau lain-lain? Ayat "UNTUK SEBARANG URUSAN SEMASA TEMPOH PENGUBAHSUAIAN" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa31.05.2012
Bagaimana alamat email untuk saya hantarkan gambar banner yang ingin kami paparkan untuk kegunaan awamSila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain30.06.2015
ke alamat email yang mana saya perlu hantar lakaran papan iklan saya untuk tujuan mendapatkan pengesahan bahasa,memandangkan tiada ikon email di dalam lampiran permohonan(papan iklan saya diambil gambar menggunakan android)tqSila layari laman web www.prpm.dbp.gov.my, klik e-perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan ikut panduan dalam domain tersebut.Lain-lain29.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas